web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Felda Boleh Selesai Bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri, Pusat Yang Sama – Ahmad Shabery

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 11:52AM

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yakin beberapa isu yang menghimpit peneroka di Kelantan akan dapat diselesaikan dengan baik sekiranya kerajaan negeri dan kerajaan pusat bernaung di bawah tampuk pimpinan yang sama.

Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata situasi yang berlaku di Pahang merupakan satu bukti yang nyata kebersamaan kerajaan pusat dan kerajaan negeri dapat membantu memberikan kemudahan infrastruktur kepada rakyat.

Beliau mengakui berlaku kekeliruan dalam kalangan peneroka ekoran negara mengalami perubahan lima tampuk pimpinan berbeza dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

“Warga Felda begitu keliru sekali perubahan Perdana Menteri dalam masa lima tahun jadi ramai (peneroka) tidak tahu siapa yang betul siapa yang salah.

"Tapi saya mengingatkan bahawa untuk masa depan Felda yang jelas kita memerlukan sebuah kerajaan negeri yang sama dengan kerajaan persekutuan, dan kita mengharapkan satu perubahan yang lebih ketara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan ceramah sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Felda Chiku 3, di sini malam tadi.

Ahmad Shabery juga tidak menafikan landskap politik negara sudah berubah dan generasi baharu tidak lagi fokus kepada hanya satu parti, justeru beliau menyeru rakyat Kelantan memilih pentadbiran yang baharu memandangkan banyak perkara yang tidak diselesaikan oleh kerajaan negeri sehingga kini.

“Saya melihat ada perubahan besar di Kelantan, saya percaya mungkin ini peluang terakhir rakyat Kelantan untuk melihat satu perubahan, cubalah sekali ada banyak perkara yang tidak diselesaikan oleh kepimpinan negeri Kelantan pada hari ini.

“Jangan kita pandang rendah kepada rakyat yang inginkan perubahan dan pembangunan yang lebih terancang. Kita mahukan sebuah negara yang lebih stabil keseimbangan, persamaan serta keseiringan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri saya percaya rakyat Kelantan bijak untuk membuat keputusan,” katanya.

Beliau turut melahirkan keyakinan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa berusaha membuat penyelesaian yang konkrit terhadap isu-isu yang menghimpit peneroka ketika ini.  - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar