Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Keluarlah Mengundi, Rayu Calon PH Di Taman Medan

Politik Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 11:23AM

Ahmad Akhir Pawan Chik ketika berkempen di Bilik Gerakan Daerah Mengundi PJS3, malam tadi. - gambar Facebook Ahmad Akhir Pawan Chik

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan, Ahmad Akhir Pawan Chik mempertaruhkan kerja keras dan hubungan baik dengan rakyat sebagai satu cara untuk memperoleh undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.

Mengakui beliau tidak henti-henti berkempen sejak hari penamaan calon pada 29 Ogos lalu, Ahmad Akhir cuba menyantuni seramai mungkin pengundi di kawasan itu.

Katanya, beliau turut mengadakan lawatan harian untuk bertemu orang ramai bagi berkongsi pandangan dan rancangannya untuk DUN berkenaan.

“Saya kerap bertemu dengan orang ramai untuk mewujudkan satu hubungan dengan mereka. Kebanyakan pengundi di Taman Medan mengenali saya kerana saya menjadi Ahli Majlis mereka selama lebih 12 tahun di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebelum dicalonkan.

“Penduduk di sini mengetahui bahawa saya bersedia untuk membantu mereka. Saya turun membantu penduduk apabila sebahagian daripada Taman Medan dilanda banjir dan saya juga memastikan penduduk menerima bantuan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa penularan COVID-19,” katanya.

Ahmad Akhir berkata, beliau bekerja sebaik mungkin untuk memastikan kemenangan PH di Taman Medan selain mengharapkan kira-kira 4,000 jumlah majoriti undi.

Beliau berkata, amat penting untuk pengundi terutama Masyarakat India dan Cina untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka kerana kemenangan PH tidak terjamin dengan hanya berada di rumah.

Katanya, pengundi tidak seharusnya membuat andaian PH akan menang kerana setiap undi membawa perbezaan, dan perkara ini sering ditekankan pada sesi ceramah yang dihadirinya.

“Jika pengundi India dan Cina di Taman Medan tidak keluar mengundi, ia mungkin memberi impak kepada jumlah majoriti malah keputusan pilihan raya.

“Nasihat saya kepada pengundi, tidak kira bila masanya anda patut mengundi, keluar lah awal dan mengundi. Kemudian anda boleh menjalankan urusan yang dirancang. Anda mungkin sibuk bekerja dan terlepas peluang untuk mengundi,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Akhir mengakui PH berdepan kekangan di Taman Medan kerana ada segelintir ahli Barisan Nasional (BN) terutama dari UMNO yang tidak suka dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Katanya, pihak berkenaan telah meninggalkan BN, namun angkanya tidak ramai, dan mereka kini membantu Perikatan Nasional (PN) di Taman Medan.

Selain itu, katanya, calon PN yang mencabarnya, Dr Afif Bahardin, adalah muka baharu di kawasan berkenaan serta tidak dikenali dalam kalangan pengundi di situ.

Beliau berkata, sebelum ini Afif menjadi EXCO dalam Kerajaan Pulau Pinang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya dari Mei 2013 hingga Mac 2023.

Afif keluar dari PH dan menyertai BERSATU pada Mac 2020 ketika Langkah Sheraton.

Ahmad Akhir berkata, Afifi bertanding di Shah Alam pada Pilihan Raya Umum (PRU 15), tetapi tewas dengan calon AMANAH, Azli Yusof dengan majoriti undi kira-kira 18,000 sebelum bertanding di Taman Medan.

Bagi memastikan kemenangan PH di Taman Medan, beliau juga sudah berhubung dengan pemimpin tempatan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA).

Katanya, KIMMA mempunyai antara 900 hingga 1,000 ahli yang juga pengundi dan memandangkan ia adalah sebahagian daripada BN, pemimpinnya memberi jaminan akan membantu pada hari pengundian bagi memastikan kemenangan PH.

Ahmad Akhir berkata, beliau turut bertemu dengan pemimpin MIC setempat yang juga menyatakan kesediaan menggalakkan pengundi keluar dan menyokong PH pada pilihan raya itu. – Getaran, 9 Ogos 2023.

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 13 Tahun Mengaku Salah Bakar Anak Kucing

oleh Wartawan Getaran

Politik 8 jam yang lalu

Jentera UMNO Wajib Kerja Keras Menangkan Calon Perpaduan Di KKB

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 1 hari yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Bawa Malaysia Ke Separuh Akhir Piala Thomas Selepas 8 Tahun

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK