web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kukuhkan Kerajaan Negeri, Pertahan Aminuddin Sebagai MB NS – Anwar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 8:27AM

Datuk Seri Aminuddin Harun ketika menunjukkan watikah pembubaran DUN Negeri Sembilan baru-baru ini. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat di Negeri Sembilan supaya memperkuatkan kerajaan negeri dan mempertahankan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.

Beliau berkata dengan cara itu kerajaan negeri dapat bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi memudahkan penyelesaian masalah rakyat di negeri ini.

"Kuatkan kerajaan negeri, pertahankan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar," katanya ketika berucap pada Program Jelajah Perpaduan MADANI di Kampung Pachitan yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah di di sini malam ini.

Aminuddin, calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Sikamat disaingi calon Perikatan Nasional (PN) Ahmad Raihan Muhamad Hilal dan dua calon Bebas, Bujang Abu serta Mohammed Hafiz Baharudin pada PRN, kali ini.

Anwar yang juga Presiden PKR dalam ucapannya turut menjelaskan tindakan beliau memilih Aminuddin sebagai calon Ahli Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas kerana mengambil kira kredibliti Menteri Besar itu dalam menerajui negeri ini.

"Orang Port Dickson telah berjasa kepada saya...kita ada calon baik  iaitu Menteri Besar Aminuddin, calon kuat... saya serah kepadanya. Saya bagi Menteri Besar setakat apa yang kerajaan negeri boleh buat, tetapi kalau memerlukan bantuan Kerajaan Persekutuan... itu tanggungjawab saya," katanya.

Beliau berkata tiga kawasan Parlimen yang istimewa baginya  adalah Permatang Pauh, Pulau Pinang,  Port Dickson dan Tambun di Perak.

Sementara itu, Anwar yang juga Pengerusi PH sekali lagi mengulangi bahawa kerjasama politik bersama UMNO adalah langkah tepat dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan kerana kekuatan sokongan orang Melayu terhadap parti itu.

"Kita fikir masa depan rakyat.. ada baiknya UMNO kerana Melayu kuat.. kita jadi Kerajaan Perpaduan yang kuat," katanya.

Beliau berkata bagi tempoh lapan bulan Kerajaan Perpaduan, barisan kepimpinan bersih, tiada penyelewengan atau salah guna kuasa dilaporkan. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar