web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sokongan Rakyat Terhadap PH, BN Lebih Baik Berbanding 2022 - Anwar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2023 3:10PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Ramah Mesra Bersama Komuniti Sungai Bakap, Batu Kawan hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Sambutan rakyat jauh lebih baik bagi gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) jika dibandingkan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun lepas, kata Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata setakat ini, beliau dapat melihat satu kemaraan dalam kalangan rakyat khususnya di enam negeri yang berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN), pada Sabtu ini.

“Sebab dulu dia (rakyat) dengar semua negatif, kata Anwar akan tarik balik hak orang Islam, akan bagi pelajar-pelajar pakai skirt. Fitnah ini menjadi budaya, jadi orang percaya.

“Sebahagian tengok dah tidak jadi, pelajar-pelajar dah tidak pakai skirt pun sekarang. Jadi, saya tengok itu mengubah sedikit. Saya percaya, insya-Allah ini akan berubah,” katanya kepada pemberita selepas beramah mesra dengan masyarakat Sungai Bakap di Gerai Perda Tasek, Simpang Ampat, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pandangan penganalisis politik bahawa PRN kali ini akan mengekalkan status quo iaitu PH-BN kekal memerintah di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan manakala Perikatan Nasional (PN) di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Menyentuh mengenai dakwaan penglibatan menantu Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran pekerja asing, Anwar meminta individu berkenaan supaya tidak melarikan diri, sebaliknya pertahankan jika tidak bersalah.

“Mana boleh (lari), kalau ada bukti, siasat, dakwa. Kalau dia rasa tidak bersalah, pertahankan bukan lari, bukan contoh yang baik,” katanya.

Dilaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sedang mengesan dua individu iaitu Muhammad Adlan Berhan, 48, dan Mansoor Saat, 69, bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Menurut SPRM, semakan rekod oleh suruhanjaya itu juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei lepas, dan setakat ini tiada rekod kedua-duanya sudah kembali ke Malaysia.

Anwar yang juga Presiden PKR itu membidas pembangkang kerana sering bercakap mengenai soal ‘bersih’, tetapi mereka lebih banyak terlibat dengan dakwaan SPRM berkaitan rasuah yang melibatkan nilai wang tinggi.

“Jadi kamu (pembangkang) kena jagalah hal ini. Jumlah yang dikaitkan dengan rasuah itu banyak, sekarang tak boleh PN, PAS, Bersatu gunakan bersih kerana mereka terpalit dengan rasuah besar,” katanya.

Terdahulu ketika berucap, Perdana Menteri mengulangi bahawa Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang sudah diaktifkan semula bagi memperkasa sosioekonomi dan modal insan Bumiputera MADANI di Pulau Mutiara itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman : Keluar Undi Esok, Buat Pilihan Terbaik - Calon BN

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad