web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN: Polis, Tentera Mula Mengundi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2023 8:06AM

OCPD Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid (kanan) membuat tinjauan sempena hari pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bersekali Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu semakin dirasai dengan 98,785 anggota tentera dan polis bersama pasangan masing-masing akan menunaikan tanggungjawab undi awal, hari ini.

Kesemua pusat pengundian awal di enam negeri termasuk di Kuala Terengganu dijadual dibuka serentak pada 8 pagi ini dan ditutup secara berperingkat mengikut kedudukan kawasan pusat mengundi.

Pengundian awal PRN bakal menyaksikan 49,660 anggota tentera dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing mengundi di 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal.

Sementara, 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan akan terlibat dengan proses pengundian awal bagi PRK Kuala Terengganu melalui tiga pusat mengundi awal yang kesemuanya dibuka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Di IPK Terengganu, pusat pengundian awal pertama yang akan ditutup ialah bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk pada 12 tengah hari diikuti pusat mengundi DUN Bandar pada 2 petang dan terakhir DUN Ladang pada 5 petang manakala tiada pengundian awal bagi DUN Wakaf Mempelam.

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sibuk membuat persiapan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pusat Mengundi Awal di Dewan Utama IPK Selangor - gambar BERNAMA
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sibuk membuat persiapan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pusat Mengundi Awal di Dewan Utama IPK Selangor - gambar BERNAMA

Menurut laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Daftar Pemilih Pilihan Raya yang digunakan untuk PRN dan PRK Kuala Terengganu adalah daftar pemilih terkini yang dikemas kini sehingga 21 Jun 2023.

SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRN melibatkan enam negeri dan PRK Kuala Terengganu masing-masing pada 29 Julai dan 8 Ogos, manakala hari pengundian 12 Ogos ini.

Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula hari penamaan calon dan akan berakhir pada 11.59 malam, 11 Ogos.

PRN ini melibatkan 36 kerusi DUN di Kedah; Kelantan (45); Terengganu (32); Pulau Pinang (40) Selangor (56) serta 36 DUN di Negeri Sembilan.

PRK Parlimen Kuala Terengganu pula diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun yang membatalkan kemenangan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: 3 Pengundi Awal Tunaikan Tanggungjawab Hari Ini

2

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Pusat Mengundi Awal Di PRK Pelangai - SPR

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Parlimen Pulai: 90 Peratus Pengundi Awal Laksana Tanggungjawab - SPR

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Parlimen Pulai: SPR Sasar 99 Peratus Pemilih Awal Keluar Mengundi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad