web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedah Mampu Tawar Lebih Banyak Peluang Pekerjaan Jika Selari Dengan Kerajaan Persekutuan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 5:57PM

Lebih banyak peluang pekerjaan boleh dinimati di Kedah jika ia selari dengan Kerajaan Persekutuan, kata Timbalan Perdana Menteri. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata lebih banyak peluang pekerjaan boleh diwujudkan di Kedah sekiranya kerajaan negeri itu selari dengan Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata banyak pelaburan yang datang dari luar masuk ke negara ini secara langsung membuka banyak peluang pekerjaan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata terdapat andaian bahawa Selangor maju kerana berdekatan dengan Kuala Lumpur namun beliau mempersoal mengapa Kedah tidak maju walaupun terletak berhampiran Pulau Pinang.

Beliau berkata penambahan pelaburan sebanyak RM30 bilion oleh syarikat dari Jerman melibatkan Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah akan mewujudkan satu hab pekerjaan yang baik di negeri itu.

“Sekarang mereka menampung kira-kira 40,000 pekerjaan tetapi ingat, Taman Teknologi Tinggi Kulim itu di bawah Kerajaan Persekutuan, dalam keadaan itupun Kerajaan Persekutuan terus membantu pelabur untuk melabur di Taman Teknologi Tinggi Kulim.

“Jika kerajaan di Kedah selari, seia, sekata dengan Kerajaan Persekutuan, insya-Allah kita akan bantu rakyat negeri Kedah untuk mendapat peluang pekerjaan yang lebih besar lagi dengan usaha Kerajaan Persekutuan ini,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Kerjaya MYFutureJobs bersama Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (HAWA) Malaysia di sini hari ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad