web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN: Manifesto PH-BN dilancar Ahad - Aminuddin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 5:25PM

Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berucap pada Jelajah Perpaduan PMX @Pilah di pejabat Parti Keadilan Rakyat Kuala Pilah Ampang Tinggi baru-baru ini.- gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN  -- Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan melancarkan manifesto sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ahad ini, kata Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pengerusi PH Negeri Sembilan itu berkata perkara tersebut telah dimuktamad melalui perbincangan bersama Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Jawatankuasa Manifesto kedua-dua gabungan politik.

“Yang pastinya manifesto itu akan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan dan tambah baik daripada manifesto lepas supaya masyarakat mendapat nikmat daripadanya,” kata beliau kepada pemberita selepas beramah mesra dengan orang ramai di sini hari ini.

Pada PRN 12 Ogos ini, Aminuddin mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat yang disandangnya sejak 2008 dan berdepan saingan empat penjuru menentang Ahmad Raihan Muhamad Hilal daripada Perikatan Nasional (PN) serta dua calon Bebas iaitu Bujang Abu dan Mohammed Hafiz Baharudin.

Pilihan Raya Umum ke-14 di Negeri Sembilan yang memiliki 36 DUN menyaksikan PH menguasai 20 kerusi, DAP (11), PKR (6), Amanah (tiga) manakala BN 16 (UMNO 15 dan MIC satu) dan PH-BN perlu mendapat majoriti mudah dua pertiga atau 19 kerusi untuk membentuk kerajaan pada PRN kali ini.

Aminuddin juga optimis bahawa satu atau dua kawasan yang dikategorikan 'kelabu’ akan dapat 'diputihkan’ dalam masa terdekat menerusi komitmen berterusan semua calon PH dan jentera pilihan raya yang turun padang bertemu semua pengundi di kawasan masing-masing.

“Ada satu dua agak kelabu pada peringkat awal tapi sekarang nampak sinar... kita fokus kawasan berkenaan… menjelang dua tiga hari nanti, ia akan berubah… kita cuba pertahankan 19 kerusi kita manakala BN juga yakin peroleh 17 kerusi,” katanya.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata perjalanan kempen yang memasuki hari ketujuh berjalan lancar dan sokongan masyarakat terhadap PH-BN termasuk pengundi muda kini menunjukkan peningkatan.

“Hanya ada satu dua kawasan saya pantau lebih dan perjumpaan bersama pengundi dipertingkat. Yang lain berjalan lancar dan kempen disusun dengan teratur… dari segi kepimpinan, cabang dan jentera tak ada masalah cuma ditumpukan di peringkat akar umbi terutama ranting.

"… saya yakin Negeri Sembilan tak seperti negeri lain, saya tak nampak anak muda beralih sokong pembangkang,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad