web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerusi Pulai, Simpang Jeram Milik Amanah – Anwar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 1:55PM

PRK Pulai dan Simpang Jeram akan diadakan pada 9 September ini susulan kematian penyandang kerusi, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram milik parti Amanah namun ia akan diputuskan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sebelum dibawa ke Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan, kata Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selalunya kita hormat keputusan lama. Itu kerusi Amanah tetapi ini akan diputuskan oleh Majlis Pakatan Harapan dan kemudian saya angkat ke Majlis Kerajaan Perpaduan,” kata Anwar yang juga Perdana Menteri kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2023 (MCY Summit 2023), hari ini.

Semalam, Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan memberi laluan kepada Amanah untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 9 Sept ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat atas semangat perkongsian politik dalam Kerajaan Perpaduan.

Dalam mesyuarat khas yang diadakan semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi kedua-dua kerusi berkenaan ialah 26 Ogos dan pengundian awal pada 5 Sept.

PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan ekoran kekosongan luar jangka  berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan