Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Layanan Terhadap Dominic Bukan Akhlak Islam - Saifuddin

Politik Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 1:35PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGETOWN: Layanan PAS terhadap Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic  Lau Hoe Chai  ketika beliau menghadiri Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) Best di Sungai Dua, Tasek Gelugor, Selasa lalu, tidak mempamerkan perwatakan Islam.

Menyelar perbuatan berkenaan, Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perilaku itu juga tidak mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW.

Menyifatkan tindakan itu sebagai biadap terhadap rakan komponen Perikatan Nasional (PN), Saifuddin berkata, Dominic tidak seharusnya dilayan seperti itu walaupun wujud perbezaan pendapat mengenai pemilihan calon di di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang.

Beliau berkata, sikap sedemikian bukanlah adab dan akhlak politik orang Islam.

"Kita boleh berbeza dengan Dominic tetapi (saya) tak setuju dia dilayan begitu. PKR dan DAP ini banyak perbezaan dan persamaan, tetapi bagi menguruskannya tak pernah kita layan DAP seperti PAS melayan Dominic di Pulau Pinang. Begitu juga sebaliknya.

"Nabi Muhammad SAW adalah contoh ikutan paling baik. Memahami sirah baginda, banyak kali dilayan secara kasar oleh lawannya tetapi tak pernah dibalas dengan kasar, sebaliknya penuh dengan hikmah dan kelembutan," katanya.

Saifuddin berkata demikian pada Majlis Makan Malam Amal bersama Pemimpin anjuran Pertubuhan Kebajikan Kebudayaan dan Sosial Kaum India Pulau Pinang yang turut dihadiri Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di sini, malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan Dominic yang juga calon PN di DUN Bayan Lepas, diminta meninggalkan program Ceramah Mega PN Best yang turut dihadiri Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Selasa lalu, berikutan dikatakan tidak diundang.

Dominic kemudian dilaporkan mengakui tidak kisah tidak diundang menghadiri program anjuran PAS itu selain beranggapan parti itu berhak menentukan pihak yang mahu diundang atau menyampaikan ceramah.

Pada masa sama, Saifuddin Nasution berkata, beliau bimbang rakyat akan menerima layanan sama, jika PN diberi peluang mentadbir kerajaan Pulau Pinang, selain menyifatkan tindakan sedemikian akan memberi malapetaka kepada rakyat di negeri berkenaan.

Beliau berkata, tindakan PAS itu mencerminkan imej salah mengenai Islam kepada masyarakat bukan Islam kerana ia bukanlah keperibadian penganut Islam.

Katanya, layanan terhadap Dominic berikutan perbezaan pendapat mengenai siapa yang wajar dicalonkan di kerusi DUN Bayan Lepas berlaku di hadapan pemimpin PAS sendiri.

“Namun, pemimpin ini tidak berbuat apa-apa, dia boleh diam sahaja dan itu bukannya pemimpin yang baik. Pemimpin yang baik sepatutnya bawa Dominic sebagai tetamu dan berikan penghormatan.

"Justeru, pengundi perlu memilih kerajaan kompeten, tahu mentadbir dan mengurus, membawa kestabilan politik, memajukan ekonomi, memberi jamin keadilan sosial kepada rakyat, saling menghormati, beri ruang kepada perbezaan pendapat tetapi perlu secara beradab dan tertib," katanya. Getaran. 4 Ogos 2023

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 11 jam yang lalu

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

Semasa 3 jam yang lalu

Pasukan Khas Ditubuh Siasat Kes Samun Akhyar Rashid - Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Kedah Mahu 'All Out' Promosi Harumanis D'Aman

oleh Rafisqi Radhi