Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dominic Calon Direstui Kepimpinan Parti - Takiyuddin

Politik Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 12:14PM

Datuk Seri Takiyuddin Hassan - gambar fail

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli PAS digesa menerima dengan hati terbuka calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai , berikutan ia mendapat persetujuan kepimpinan tertinggi parti.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata penyokong juga perlu meletakkan kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang sendiri.

Katanya, PAS juga percaya keputusan itu dibuat selepas melalui semua proses dan melepasi syarat yang ditetapkan.

Beliau berkata, seperti parti lain, PAS juga amat sedar serta maklum perasaan seperti tidak puas hari dan kekecewaan cenderung berlaku dalam politik gabungan, terutama membabitkan isu berkaitan pembahagian kerusi atau pemilihan calon bagi sesuatu kerusi DUN atau Parlimen.

“Dalam konteks pemilihan Dominic sebagai calon PN bagi kerusi DUN Bayan Lepas yang juga sebuah kerusi majoriti Melayu, PAS amat sedar berhubung sentimen dalam kalangan ahli dan penyokong di peringkat tempatan susulan pencalonan beliau.

“Justeru, saya menyeru ahli-ahli PAS berkaitan supaya menyedari bahawa bantahan berterusan dan tindak-tanduk yang berlawanan dengan kepentingan parti bukan sahaja berkemungkinan menimbulkan suasana tidak harmoni dalam gabungan PN, malah turut mencabar dan mempersoalkan kebijaksanaan serta ketepatan keputusan Presiden PAS sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau berkata, PAS merakamkan rasa kurang selesa sekali gus meminta maaf atas insiden melibatkan Dominic yang juga Presiden GERAKAN, susulan insiden yang berlaku majlis Ceramah Mega PN Best di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Katanya, biarpun Dominic kemudian dilaporkan menolak dakwaan bahawa beliau “diminta keluar” dari program berkenaan oleh seorang pemimpin PAS tempatan, namun bagi pihak kepimpinan PAS Pusat, beliau percaya kehadiran calon PN itu perlu diterima dan dihargai sebagai tetamu berdasarkan akhlak dan prinsip-prinsip Islam.

Ia terutama, beliau berkata, GERAKAN juga rakan gabungan dalam PN dan Dominic sendiri calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berlangsung, sewajarnya diberikan penghormatan yang layak dan munasabah.

Takiyuddin berkata, sebagai sebuah parti Islam yang tertua dan besar, PAS percaya ia bertanggungjawab bukan sahaja untuk menunjuk arah kepada politik matang dan sederhana, malah turut bertanggungjawab untuk memberi pertolongan dan perlindungan kepada pihak-pihak yang memerlukannya, dalam suasana politik semasa yang dicemari oleh naratif cauvinis dan melampau.

“Berdasarkan latar belakang itu, PAS melihat Dominic dan parti pimpinannya tergolong dalam kelompok yang memerlukan pertolongan serta perlindungan itu, justeru sekali lagi saya menyeru ahli-ahli PAS dengan berlapang dada sewajarnya menjadi pihak yang menghulur segala bantuan yang sehabis mampu atas semangat setiakawan dan persaudaraan yang tulus,” katanya.

Pada masa sama, Takiyuddin berkata, PAS juga berharap dan menggesa semua ahli dan penyokong parti dan PN supaya memberi tumpuan kepada PRN yang sedang dihadapi, sekali gus mengetepikan sementara perkara-perkara lebih kecil yang boleh melemahkan usaha bersama untuk mencapai kejayaan yang akan membolehkan gabungan itu meraih kejayaan-kejayaan yang lebih besar dan bermakna.

“Sewaktu negara dan nusa memerlukan kita berbakti kepadanya, sewajarnya dengan tulus dan bertanggungjawab, kita menyahut seruan itu dalam kerangka satu suara dan satu tekad yang sebaik-baiknya,” katanya. Getaran, 4 Ogos 2023.

Sorotan

1

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

2

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

3

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

4

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak

5

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

6

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

7

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Serangan Terkini Israel Ke Atas Rafah

Semasa 6 jam yang lalu

Pemain Tengah JDT Mangsa Ketiga, Kereta Safiq Rahim Dipecah Guna Tukul

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG