web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Amanah Bincang Calon PRK Pulai, Simpang Jeram Minggu Depan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 10:54AM

Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor Aminolhuda Hassan - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU -- Parti Amanah Johor akan mengadakan mesyuarat khas sebelum 10 Ogos ini untuk menamakan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor Aminolhuda Hassan berkata pengurusan Amanah negeri telah mengadakan mesyuarat sebelum ini dan meminta pimpinan Pulai dan Bakri untuk mengemukakan senarai calon mereka.
“Senarai nama calon akan dihantar kepada Amanah Nasional selepas itu. Keutamaan adalah calon pemimpin Johor dan mestilah daripada kalangan pimpinan yang terbaik di peringkat kawasan atau negeri. 
“Selain itu, mestilah berintegriti, mudah didekati oleh rakyat dan berjiwa rakyat serta mampu meneruskan agenda Rahmah peninggalan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Aminolhuda yang juga Pengerusi Amanah Johor berkata beliau yakin kedua-dua kerusi tersebut kekal milik parti itu berdasarkan prestasi baik Salahuddin sebagai wakil rakyat.
“Selain Allahyarham yang sering turun ke lapangan, terdapat kakitangan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram dan Parlimen Pulai yang sangat komited mendekati rakyat serta membantu menyelesaikan masalah rakyat jika ada,” tambah Ahli Parlimen Sri Gading itu.
Beliau turut berterima kasih atas sokongan dan dukungan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi laluan kepada Amanah kekal bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan.
“Dari segi persiapan dan jentera parti, insya-Allah telah siap sedia dan saya yakin kerjasama daripada rakan-rakan Barisan Nasional Johor akan turut serta membantu memastikan kemenangan milik Kerajaan Perpaduan,” katanya. 
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos, manakala pengundian awal 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept depan.
PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan ekoran kekosongan luar jangka berikutan kematian Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas. - BERNAMA
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan