web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MIC Sokong Kepimpinan Anwar, Azam Bantu Kemenangan Calon BN-PH Pada PRN

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2023 6:10PM

Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran, beri jaminan partinya sedia bantu gerak kerja untuk memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan dalam PRN enam negeri - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran memberi jaminan parti itu akan membantu dalam gerak kerja bagi memastikan kemenangan calon-calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Parti komponen Barisan Nasional (BN) itu juga menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri untuk tempoh lima tahun ini.

Perkara itu dizahirkan Vigneswaran dan kesemua kepimpinan MIC yang turut berdiri, sebagai simbolik sokongan mereka, pada satu majlis pertemuan khas dengan Perdana Menteri di ibu pejabat parti itu, di sini hari ini.

Ia turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Vigneswaran dalam sidang media berkata pihaknya akan turun padang bagi membantu calon BN-PH terutama di kawasan yang memiliki majoriti pengundi India.

Sebelum ini, MCA dan MIC mengumumkan tidak akan bertanding pada PRN di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu bagi menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad