Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kisah Penggali Kubur: Antara Politik Dan Fardu Kifayah, Jefri Tabah Bahagi Masa

Politik Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2023 6:37AM

Jefri Mejan ketika membantu proses pengebumian jenazah di Tanah Pusara, Kampung Bukit Badong, Ijok, semalam. gambar Azlan Hadi Abu Bakar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IJOK -- Meremang bulu tengkuk ketika menelusuri kesunyian di Jalan Pusara, yang terletak di Kampung Bukit Badong, Ijok, pintu masuk sebelum tiba di satu kawasan tanah lapang yang dikelilingi barisan pokok kelapa sawit.

Kaki seakan berat untuk dihayun, hati berperang dengan perasaan sendiri ketika cuba melawan rasa gementar sewaktu tiba di kawasan perkuburan dikenali sebagai Tanah Pusara itu.

Kesunyian itu hilang sejurus tiba di pekarangan kawasan itu apabila dari kejauhan terdengar riuh-rendah orang ramai berkumpul.

Kelihatan Jefri Mejan, 44, atau lebih mesra disapa dengan panggilan Wak Jep tiba bersama lebih 15 individu, bagi menyiapkan liang lahad untuk mengebumikan jenazah yang baru meninggal dunia, pagi itu.

Suasana hujan gerimis tidak menghalang sukarelawan Tanah Pusara itu bersama-sanam bergotong-royong menyiapkan rumah baharu jenazah wanita yang akan dikebumikan petang itu, malah secepat mungkin bagi menyempurnakan tuntutan fardu kifayah.

"Lewat jam 2.45 pagi pun kami tetap akan turun dan gali lubang kubur. Kami tak tunggu, kalau ada jenazah sampai Maghrib pun, kita tetap korek lahad. 

"Pernah juga jam 12 tengah hari masa musim COVID-19 dulu, dengan sut alat perlindungan peribadi (PPE), hingga berpeluh-peluh gali kubur, kami tetap teruskan," kata Wak Jep ketika ditemui di Kampung Bukit Badong, semalam.

Jengkaut memudahkan kerja-kerja menggali liang lahad. gambar Azlan Hadi Abu Bakar
Jengkaut memudahkan kerja-kerja menggali liang lahad. gambar Azlan Hadi Abu Bakar

Wak Jep sudah bergelumang dengan tanah kubur sejak berusia 17 tahun dan kawasan yang dianggap menyeramkan bagi sesetengah orang itu tidak membekas kepada dirinya.

Persekitaran yang mendamaikan, dengan barisan pokok hiasan yang tersusun rapi tanpa rumput menjalar, memberikan gambaran bakti dan keringat yang sudah dicurahkan untuk memelihara tempat rehat jenazah itu.

"Kalau dulu, memang ada yang takut dengan kubur ini. Ramai budak-budak bujang yang sebelum ini pengecut, tapi sekarang mereka juga suka habiskan masa dekat kubur, sudah tidak ada lagi perasaan takut, lebih kepada rasa tanggungjawab untuk sama-sama menguruskan.

"Balik kerja, ambil kelengkapan, kita cantas pokok-pokok bunga yang ada atas kubur, cabut rumput. Sasaran kami adalah hendak jadikan kubur ini bersih, cantik dan selesa.  

"Semua alatan kami lengkap, segala keperluan kami ada dari mesin untuk memangkas pokok, jengkaut untuk korek tanah kubur, semua ada Insya-Allah," kata anak jati Kampung Bukit Badong itu lagi.

Pembabitan dengan aktiviti kemasyarakatan adalah kebiasaan buat Wak Jep yang juga Pembantu 1, Biro Tanah Perkuburan dan Wakaf Masjid Ar Rahman.

Disebabkan itu, beliau tidak canggung apabila dicalonkan bagi pertandingan merebut jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok dengan panji Perikatan Nasional (PN).

Ini adalah percubaan kedua Wak Jep untuk kerusi DUN Ijok, selepas tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH) Dr Idris Ahmad, ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang mana beliau bertanding atas tiket PAS.

Jefri dan rakannya sedang menyiapkan liang lahad sebelum jenazah dikebumikan. gambar Azlan Hadi Abu Bakar
Jefri dan rakannya sedang menyiapkan liang lahad sebelum jenazah dikebumikan. gambar Azlan Hadi Abu Bakar

Bezanya, kali ini, Wak Jep lebih bersedia dan yakin menghadapi pertempuran politik itu.

Politik juga tidak asing buatnya, yang pernah berkhidmat sebagai pegawai kepada bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Persiapan kali kedua ini agak tersusun. Berbanding yang masa mula-mula jadi calon, kita tidak ada pengalaman.

"Sebelum saya jadi calon pun sebenarnya aktiviti saya memang banyak, lebih-lebih lagi aktiviti kemasyarakatan. Tidak kaget (terkejut) lah, sebab dah biasa," ujar bapa empat orang anak itu kepada Getaran.  

Status sebagai anak jati Ijok katanya, nyata memberi kelebihan kepadanya dalam usaha mendekati pengundi.

Dengan menggunakan corak kempen 'cara kampung' Wak Jep dilihat mempunyai cara tersendiri untuk mendekati pengundi.

Beliau bergerak bersama jentera kempen dalam skala kecil untuk menyantuni pengundi di sekitar Ijok berbeza dengan cara PAS yang sinonim menggunakan medium pentas ceramah untuk berkempen.

"DUN Ijok ini mereka mahukan anak tempatan, itu satu kelebihan buat saya, yang mana semua maklum, saya lahir di Bukit Badong, saya membesar di Bukit Badong, ibu bapa saya orang Bukit Badong dan isteri saya juga orang Bukit Badong. Jadi saya tak keluar ke mana.

"Selepas daripada PRU14 saya dah buat kerja, cuma saya harap apa hasil yang saya usahakan selama ini (menyantuni rakyat) mereka dapat pertimbangkan ketika mengundi nanti," katanya lagi.

Sebagai anak jati Ijok, beliau yakin memahami kehendak rakyat dan pengundi di kawasan itu.

Antara yang sudah dikenalpasti, penduduk katanya mengharapkan wakil rakyat baharu mereka dapat menyediakan fasiliti seperti taman rekreasi sukan lasak.

Itu juga katanya, akan cuba dibangunkan di Kampung Bukit Badong sekiranya berjaya dipilih dalam PRN kali ini.

"Di sini, anak-anak muda suka lakukan aktiviti sukan lasak seperti memandu pacuan empat roda 4x4, motor scrambler, mendaki gunung dan saya yakin jika saya diberikan kepercayaan untuk menjadi ADUN, kita boleh lakukan itu.

"Di Bukit Badong ini sendiri saya boleh laksanakan. Bukan sahaja dari peluang pekerjaan, malah untuk taman rekreasi ini juga kita boleh buat.

"Saya sangat-sangat yakin, daripada hasil perjumpaan saya dari rumah ke rumah, bertemu dengan penduduk. Hasilnya sangat-sangat positif, berbeza dengan PRU yang lalu," tambah beliau.

Jefri Mejan sering berkongsi aktiviti memasak menggunakan dapur kayu dengan pengikut media sosialnya. gambar Jefri Mejan
Jefri Mejan sering berkongsi aktiviti memasak menggunakan dapur kayu dengan pengikut media sosialnya. gambar Jefri Mejan

Kali ini, Wak Jep berhadapan pertandingan tiga penjuru dan akan menentang calon Pakatan Harapan (PH), Amidi Abdul Manan dan calon Bebas, Tan Cat Keong.

Wak Jep juga sering memuat naik aktiviti di Tanah Pusara di laman media sosial miliknya.

Beliau juga adalah selebriti media sosial yang aktif dengan bilangan pengikut melebihi 300,000.

Melalui TikTok rasminya, jefrimejan79, Wak Jep sering berkongsi kandungan memasak makanan tradisional Melayu menggunakan dapur kayu.- Getaran, 2 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Penghormatan Negeri, Pengebumian Abdul Taib Hari Ini

3

Semasa 6 bulan yang lalu

PRK Jepak: Proses Pengundian Berjalan Lancar - Pengerusi SPR

4

Semasa 6 bulan yang lalu

PRK Jepak: Cuaca Pagi Esok Diramal Cerah, Ribut Petir Sebelah Petang

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

Semasa 13 jam yang lalu

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mampu Dilaksana Menerusi Kawalan Pengurusan Kewangan Kerajaan - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Pegawai Khas Bekas AG Terhadap Rewcastle-Brown

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Samun Pemain TFC Diburu Polis

oleh Wartawan Getaran