web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Calon PRN Selangor ‘Perang’ Kempen Di Media Sosial

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 5:31PM

Media sosial medan 'perang' kempen calon PRN Selangor - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM -- Selain ceramah serta bertemu pengundi secara bersemuka, kempen secara maya juga menjadi antara platform yang mewarnai ‘perang’ kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor.

Rata-rata calon yang bertanding dilihat berlumba-lumba memuat naik aktiviti harian di media sosial masing-masing, sebagai kaedah menguar-uarkan aktiviti dan program yang disertai bersama masyarakat.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin dalam hantaran di Facebook rasminya, berkongsi aktiviti awal pagi dengan solat Subuh di Surau Al-Ikhwan, Taman Samudera sebelum bersarapan bersama penduduk di restoran Tuu Dok Ko 1488, lokasi sarapan pagi yang terkenal dengan menu Pantai Timur di Batu Caves.

Calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia itu juga, mengajak penduduk sekitar untuk bersamanya di Jualan Ehsan Rahmah (JER), yang diadakan di Pinggiran Batu Caves yang membolehkan mereka mendapatkan barangan keperluan asas pada harga 30 peratus lebih murah, berbanding harga pasaran.

Pencabar beliau, Muhammad Hilman Idham juga tidak ketinggalan, memuat naik aktiviti yang memaparkan calon mewakili Perikatan Nasional (PN) itu bersarapan pagi, di warung di taman bersebelahan.

“Santai pagi sambil pekena kopi dan roti canai, di warung Haji Dahlan bersama warga Taman Samudera,” tulisnya.

Gombak Setia merupakan antara kawasan tumpuan pada PRN Selangor kali ini dan Megat Zulkarnain diberi tanggungjawab memenangi hati 88,480 pengundi berdaftar, seterusnya merampas kerusi yang disandang Muhammad Hilman sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Calon BN bagi DUN Dusun Tua Datuk Johan Abd Aziz, juga tidak ketinggalan memuat naik gambar beliau pada program bersama masyarakat India, selepas selesai menunaikan solat Subuh.

“Memenuhi undangan jemputan untuk beramah mesra bersama masyarakat india di Taman Sri Nanding. Perpaduan READY!,” katanya.

Sarapan pagi bersama penduduk juga menjadi aktiviti pilihan bagi calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Bukit Melawati Thiban Subramaniam, yang diberi amanah mengekalkan kemenangan PH bagi kerusi itu setelah penyandangnya Juwairiya Zulkifli, dipindahkan ke kerusi Hulu Kelang untuk berhadapan dengan Pengerusi PN Selangor Datuk Seri Muhamed Azmin Ali.

“Sarapan pagi di kedai Pak Ipin. Saya sangat berterima kasih atas sarapan pagi. Ini benar benar membuat hari saya menjadi lebih baik, oleh Pak Cik Arifin. Roti canai memang sedap!,” katanya yang ditentang calon PN dari Bersatu, Noorazley Yahya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN pada 12 Ogos dan undi awal pada 8 Ogos.

Selangor mempunyai 56 kawasan DUN dengan seramai 3,747,057 pengundi berdaftar layak mengundi dalam PRN ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad