web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Jentera Perpaduan Perlu Kerja Keras, Pastikan Kemenangan - Anwar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 8:32AM

Anwar Ibrahim mengajak seluruh ahli parti PH-BN untuk membuktikan Kerajaan Perpaduan kekal kuat melalui kemenangan di Selangor dan juga lima negeri lain iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang terlibat dalam PRN - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua jentera parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan bekerja keras memastikan kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Dalam hal itu, Anwar berkata Selangor perlu menjadi pembuka lembaran baharu politik negara dengan gerak kerja yang lebih padu dan tersusun daripada setiap ahli serta pendokong parti di dalam PH dan Barisan Nasional (BN), khususnya bagi menawan hati pengundi yang sebahagiannya daripada golongan cerdik pandai.

Beliau berkata kemenangan di Selangor tidak hanya berkisar kepada kejayaan PH dan BN semata-mata, sebaliknya ia menjadi simbol kepada usaha Kerajaan Perpaduan mengangkat martabat Malaysia kembali disegani di rantau ini.

"Selangor ini negeri yang ramai dengan orang yang cerdik pandai serta matang dalam politik…negeri ini akan menentukan standard baharu politik di dalam negara ini. 

Jadi kita mahu setiap gerak kerja yang dibuat perlulah dengan semangat, keikhlasan selain niat yang betul untuk menyelamatkan rakyat, negeri, agama dan negara daripada mereka yang rakus kuasa," kata beliau ketika melancarkan Jentera Perpaduan MADANI Selangor di sini semalam.

Majlis turut dihadiri Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan tertinggi PH-BN serta Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Anwar berkata dalam memburu kemenangan di Selangor, setiap pendukung PH-BN perlu mengetepikan perbezaan sebaliknya bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama iaitu mengangkat martabat rakyat dan negeri.

Katanya bagi pihak PH, beliau akan pastikan setiap jentera dikerah bagi membantu kemenangan calon BN dikerusi yang ditandingi.

Majlis turut dihadiri Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan tertinggi PH-BN
Majlis turut dihadiri Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan tertinggi PH-BN

"Orang PH nak pegang bendera BN jangan rasa susah, begitu juga orang BN bila pegang bendera PH…ingat, kita ada matlamat bersama untuk pertahankan negeri agama, bangsa dan negara," katanya.

Dalam pada itu, Anwar juga mengajak seluruh ahli parti PH-BN untuk membuktikan Kerajaan Perpaduan kekal kuat melalui kemenangan di Selangor dan juga lima negeri lain iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang terlibat dalam PRN. 

Beliau berkata Kerajaan Perpaduan yang komited dalam mempertahankan agama Islam dan orang Melayu mengikut Perlembagaan Persekutuan, perlu dipertahankan bagi memastikan tiada kaum lain tersisih.

"Kepada semua ahli parti dalam Kerajaan Perpaduan, jangan sesekali biarkan negara ini dirosakkan oleh pelampau agama, perkauman yang sempit dan ini harus dibuktikan dengan kejayaan kita dalam PRN nanti," kata Anwar.

Sementara itu, Ahmad Zahid yakin bahawa Selangor akan terus diterajui oleh Kerajaan Perpaduan gabungan PH-BN sejurus berakhir hari pengundian pada 12 Ogos nanti.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata ini kerana Selangor di bawah pentadbiran PH yang dipimpin Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari bersikap adil kepada semua kaum yang mencari rezeki di negeri ini.  

“Pada malam ini di Bangi ini, kita melihat bahawa rakyat Selangor mahu Kerajaan Perpaduan untuk terus berada (memimpin) negeri ini,” katanya sambil menyatakan keyakinan bahawa Pulau Pinang dan Negeri Sembilan juga akan dipimpin Kerajaan Perpaduan.

Beliau juga menyeru rakyat Kelantan, Terengganu serta Kedah memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan untuk mentadbir ketiga-tiga negeri itu bagi mengatasi segala isu berkaitan kebajikan yang dihadapi rakyat di sana.  

“Marilah bersama dengan Selangor bagaimana negeri ini dimajukan. Kalau Kelantan dapat kita ambil pun kita akan majukannya dan begitu juga dengan Terengganu dan Kedah,” katanya

Mengenai calon BN bagi PRN di enam negeri terbabit, Ahmad Zahid berkata gabungan itu akan menampilkan wajah-wajah baharu sebagai tanda semangat baharu dalam pilihan raya berkenaan.

Selain itu, beliau menghormati keputusan kepimpinan MIC dan MCA untuk tetap bersama BN menyokong semua calon Kerajaan Perpaduan walaupun tidak bertanding pada PRN kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di enam negeri berkenaan dijalankan secara serentak dengan 12 Ogos sebagai tarikh pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad