web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Status Quo Dijangka Kekal Di 6 Negeri - Penganalisis Politik

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 8:54PM

Gabungan Kerajaan Perpaduan antara PH dan BN perlu memberi penerangan kepada pengundi pada masa ini yang berada dalam kekeliruan kerana dua parti tersebut bergabung secara tiba-tiba selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Kerajaan Perpaduan iaitu gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dijangka kekal mentadbir di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada 12 Ogos.

Penganalisis politik Prof Dr. P. Sivamurugan berkata Perikatan Nasional (PN) pula akan terus mentadbir di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

"Status quo mungkin berlaku di enam negeri yang terlibat dalam PRN itu cuma dengan majoriti undi akan menurun dan nampaknya kerusi-kerusi (Dewan Undangan Negeri) Melayu lebih goyah.

''Sekiranya tidak ada sabotaj dalaman, gabungan parti-parti sedia ada boleh menang, namun setiap parti perlu juga melihat soal pemilihan calon dan isu-isu dalaman parti dalam masa sama tidak memainkan isu 3R iaitu bangsa, agama serta institusi diraja.

"Ia adalah untuk memastikan negara ini dapat bergerak ke depan, setiap gabungan politik perlu mengelak daripada terus memainkan isu-isu sensitif bagi memastikan keharmonian politik itu dipertahan, barulah generasi akan datang melihat dan inilah bentuk acuan yang bersesuaian dengan keadaan semasa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Syarahan Umum Pelantikan Profesor bertajuk: Persetujuan Dan Percanggahan Dalam Arena Politik Malaysia, di Universiti Sains Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Sivamurugan berkata gabungan Kerajaan Perpaduan antara PH dan BN perlu memberi penerangan kepada pengundi pada masa ini yang berada dalam kekeliruan kerana dua parti tersebut bergabung secara tiba-tiba selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata penjelasan itu penting bagi memaklumkan kenapa kerjasama itu dibentuk dan ia sebenarnya adalah untuk kestabilan politik, kerajaan yang lebih ampuh dan kukuh serta kerajaan yang stabil bagi mentadbir negara.

''Ini kerana mereka (parti politik) yang bergaduh sebelum ini tiba-tiba bergabung, tetapi ini bukan baharu, sejak tahun 1969 lagi, perkara ini sudah berlaku dan pentingnya pimpinan atasan parti menerangkan kepada setiap peringkat tentang kepentingan kerjasama ini dibentuk.

“Ia bagi memastikan kestabilan politik, kerajaan yang lebih kukuh ampuh dan dengan majoriti yang lebih besar dan jika ia tidak dilakukan keadaan akan jadi tidak menentu,'' katanya.

Katanya jentera PH dan BH juga perlu turun padang untuk terus turun bagi penjelasan bagi mengelak pengundi yang memang menyokong parti mereka sebelum ini, beralih arah dan dalam masa sama menarik sokongan pengundi lain mengundi parti politik tersebut. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad