web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tarikh Pengundian 12 Ogos Sesuai, Munasabah - MB Selangor

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 4:29PM

Amirudin Shari berkata, selain itu, tempoh kempen selama 14 hari bermula 29 Julai juga mencukupi untuk semua parti berkempen dan bakal calon memperkenalkan diri - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan tarikh pengundian serentak bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang ditetapkan pada 12 Ogos adalah sesuai dan munasabah. 

Beliau berkata selain itu, tempoh kempen selama 14 hari bermula 29 Julai juga mencukupi untuk semua parti berkempen dan bakal calon memperkenalkan diri.

“Pada musim dan saat media sosial sudah semakin rancak, saya percaya ia memberikan masa yang sangat luas kepada semua parti untuk menerangkan polisi dan memujuk pengundi.

“Dengan tempoh yang diumumkan juga, semua parti telah ada persediaan untuk berdepan dengan pilihan raya ini dan ia turut dilaksanakan pada Sabtu, iaitu hari cuti untuk semua negeri yang terlibat dengan PRN,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian.

Selain itu, tarikh penamaan calon di keenam-enam negeri berkenaan pula ditetapkan pada 29 Julai, manakala pengundian awal pada 8 Ogos. - Bernama

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar