web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DUN Terengganu Bubar Secara Rasmi, Kerajaan Negeri Ditadbir 'Caretaker'

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 11:38AM

Yahaya Ali memaklumkan kepada Bernama, wakilnya telah menyerahkan watikah pembubaran kepada Muhammad Salahuddin Salleh, semalam - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dibubarkan secara rasmi hari ini, dua hari lebih awal daripada mandat yang sepatutnya tamat, 30 Jun ini.

Yang Dipertua DUN Terengganu Datuk Yahaya Ali memaklumkan kepada Bernama, wakilnya telah menyerahkan watikah pembubaran kepada Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu Muhammad Salahuddin Salleh, semalam.

Susulan pembubaran itu, bermula hari ini Terengganu ditadbir kerajaan negeri sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Pembubaran hari ini diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin selepas Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menghadap dan mempersembahkan tarikh cadangan pembubaran DUN kepada baginda di Istana Syarqiyyah di sini, semalam.

Selain Terengganu, dua lagi DUN iaitu Pulau Pinang dan Kedah dibubarkan secara rasmi hari ini, manakala DUN Kelantan dan Selangor masing-masing telah dibubarkan secara rasmi pada 22 dan 23 Jun lepas.

Hari ini Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun akan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, bagi memohon perkenan tarikh pembubaran DUN, negeri terakhir bagi enam negeri yang akan berhadapan PRN. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Kerajaan Negeri Terengganu dibentuk oleh PAS, selepas parti itu berjaya memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN, manakala BN hanya memperoleh 10 kerusi iaitu Jertih, Kuala Besut, Hulu Besut, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang Takir, Telemong, Bukit Besi dan Kijal.

PKR yang turut sama ke gelanggang PRU14 di Terengganu, bagaimanapun gagal memperoleh sebarang kerusi daripada kesemua 32 kerusi DUN yang ditandingi. 

Pada PRU14, beberapa kerusi DUN memperlihatkan persaingan sengit antara dua parti dominan di Terengganu iaitu PAS dan Barisan Nasional (BN) apabila majoriti diperoleh sangat tipis dengan majoriti paling tipis di DUN Ajil yang menyaksikan calon PAS Maliaman Kassim menewaskan Dr Ghazali Taib (BN) dan Zamani Mamat (PKR) dengan hanya majoriti empat undi. 

Bagi kerusi DUN Bukit Besi pula, Roslee Daud (BN) juga menang tipis dengan majoriti 46 undi, mengalahkan calon PAS Ghazali Sulaiman dan Mohamad Arif Arifin (PKR) manakala bagi DUN Jabi, calon PAS Dr Azman Ibrahim menang dengan majoriti 55 undi menewaskan Mohd Iskandar Jaafar (BN) dan Aziz Abas (PKR).

Selepas disahkan menang selesa 22 kerusi DUN Terengganu, Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang diangkat sebagai Menteri Besar ke-15, menggantikan ADUN Seberang Takir Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (BN). 

Ahmad Samsuri mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 10 Mei 2018 di hadapan Sultan Mizan sebelum memulakan persidangan DUN pertama pada 1 Julai 2018. 

Tidak seperti negeri-negeri lain, Terengganu menyaksikan tiada sebarang Pilihan Raya Kecil (PRK) sepanjang penggal ini, sama ada disebabkan ADUN meninggal dunia, lompat parti atau meletakkan jawatan baik daripada blok kerajaan negeri mahupun pembangkang. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi