web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shamsul Iskandar Optimis Pengundi Menangkan Calon Kerajaan Perpaduan Dalam PRN

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 7:07AM

Shamsul Iskandar Md Akin optimis pengundi akan memenangkan calon daripada Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin optimis pengundi akan memenangkan calon daripada Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

Beliau berkata pengundi di Malaysia adalah rasional dan mahukan sebuah kerajaan negeri yang selaras dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kita meletakkan calon-calon Kerajaan Perpaduan di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)... itu menunjukkan bahawa kita serius dan pada masa sama, kita mahu kerajaan negeri pasca-PRN ini semaksimum mungkin selaras dengan hasrat serta aspirasi Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Shamsul Iskandar berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai peluang parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk menang pada PRN yang membabitkan Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah.

Terdahulu, beliau mewakili Perdana Menteri dalam program Penyerahan Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidiladha di Kompleks Pendidikan Baitul Ridzuan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia di sini kepada kesemua wakil masjid di bawah Parlimen Tambun.

Mengulas keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk bertanding secara solo, Shamsul Iskandar berkata keputusan itu perlu dihormati.

Bagaimanapun, beliau berharap Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menimbang semula keputusan itu kerana parti berkenaan adalah sebahagian daripada parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan.

Mengenai dakwaan Kerajaan Perpaduan akan tergugat selepas PRN jika Perikatan Nasional mampu mempertahan Kelantan, Terengganu dan Kedah selain menawan Selangor serta Negeri Sembilan, Shamsul Iskandar berkata pembangkang hanya mahu membina persepsi bahawa kerajaan kini tidak stabil.

Beliau berkata perkara itu perlu dilihat daripada segi fakta iaitu jumlah sokongan 148 Ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Perpaduan jelas memberi isyarat bahawa kerajaan ketika ini mendapat dukungan dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat.

“Perdana Menteri telah sebut dalam banyak program bahawa yang penting bagi negara ini ialah kestabilan, dengan kestabilan kita boleh memastikan keyakinan para pelabur dan memulihkan semula ekonomi negara, pasca COVID-19 ini. 

“Jadi saya yakin kritikan dan apa yang dipanggil sebagai provokasi pihak-pihak tertentu ini mempunyai tujuan kerana pilihan raya negeri semakin hampir,” katanya.

Berhubung sejumlah 86.9 peratus daripada 8,860 responden di seluruh negara yang menyatakan mereka bersetuju dengan konsep Malaysia MADANI, Shamsul Iskandar berkata ia menunjukkan bahawa penerimaan rakyat terhadap konsep itu sangat baik. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad