web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MCA, MIC Diberi Kerusi Bertanding Dalam PRN

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 7:47PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi jaminan bahawa MCA dan MIC akan diberi kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam negeri tidak lama lagi.

Justeru, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Portal TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) MADANI di sini hari ini berharap desas desus berlakunya peminggiran komponen BN dalam PRN itu nanti dapat dipadamkan.

“Saya harap jika ada sebarang desas desus mengatakan ada peminggiran dalam kalangan komponen BN, saya harap ia dipadamkan. Saya ingin memberikan jaminan ini kepada rakan-rakan parti dalam komponen BN,” katanya.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Timbalan Presiden MIC M Saravanan hari ini dilaporkan menafikan laporan yang menyebut bahawa parti itu akan diperuntukkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding pada PRN Selangor.

Mengenai pengagihan kerusi antara BN dan Pakatan Harapan (PH), Ahmad Zahid berkata proses memuktamadkan kerusi antara BN dan PH itu telah hampir ke penghujungnya.

Ditanya bila pertemuan akan diadakan dengan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memuktamadkan pengagihan kerusi BN dan PH, Ahmad Zahid berkata pertemuan itu bergantung kepada tarikh yang dikemukakan Perdana Menteri.

“Saya fikir tidak terlalu lama, bila saja waktu sesuai untuk kami muktamadkannya. Perundingan sudah dibuat beberapa kali antara BN dan PH," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad