web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Semua Parti Kerajaan Perpaduan Setuju Tidak Ungkit Kisah Silam

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 6:40PM

Menurut Dr Asyraf Wajdi Dusuki, persetujuan itu dicapai dalam pertemuan dengan Anwar Ibrahim, semalam - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua parti dalam Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk tidak lagi mengungkit perkara silam, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut beliau, persetujuan itu dicapai dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

“Kelmarin dalam pertemuan dengan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia, semua setuju untuk tidak lagi mengungkit perkara silam.

“Ia dilakukan agar semua parti di bawah Kerajaan Perpaduan bergerak ke hadapan demi kestabilan politik negara dan memberikan fokus kepada usaha mensejahterakan rakyat,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook juga telah menyatakan komitmen parti itu untuk terus mempertahan Kerajaan Perpaduan. 

"Beliau mahu DAP sentiasa mempertahankan segala dasar yang telah dipersetujui dan disepakati ketika membentuk Kerajaan Perpaduan, sebagaimana titah Yang di-Pertuan Agong.

“Ini termasuklah dua perjanjian yang ditandatangani, melibatkan kesepakatan DAP dan 19 parti politik lain untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kepentingan Melayu-Islam, kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu,” katanya. 

Katanya, UMNO juga akan terus mendukung Kerajaan Perpaduan Malaysia selagi semua prinsip berkenaan dipatuhi serta dihormati oleh pelbagai pihak demi rakyat dan negara tercinta.

Dalam pada itu, membalas komen yang bertanya mengapa tiada desakan supaya Tony Pua meminta maaf, Asyraf Wajdi menjawab, kepimpinan Tertinggi DAP juga mengutuk keras kenyataan bekas Setiausaha Publisiti parti tersebut, yang dianggap sebagai keterlaluan.

"Ini kerana ia langsung tidak mencerminkan pendirian parti yang mengubah dasar mereka untuk move forward (bergerak ke depan)," katanya. 

Kenyataan dibuat Pua beberapa hari lalu menyebabkan suasana sedikit tegang, apabila beliau secara tiba-tiba menggelarkan BN sebagai ‘corrupt coalition’ atau pakatan ‘korup’.

Media sebelum ini melaporkan, Pua dalam Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP berharap supaya Pakatan Harapan (PH) selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu.

Untuk itu katanya, Pengerusi PH,  Anwar perlu membuktikan kepada rakyat berbilang kaum di negara ini bahawa pentadbiran PH jauh lebih baik dan tidak korup seperti BN. – Getaran, 25 Jun 2023 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar