web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Label BN Pakatan ‘Korup, Anthony Dicabar Ambil Tindakan Disiplin, Pecat Pua

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 9:19PM

Anthony Loke - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - MCA mencabar Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke untuk memecat dan mengambil tindakan disiplin terhadap Tony Pua kerana melabelkan Barisan Nasional (BN) yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai pakatan ‘korup’.

Naib Presidennya, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, Pua bukanlah tiada jawatan dalam DAP seperti didakwa Anthony.

Katanya, Pua yang juga bekas Ahli Parlimen Damansara merupakan Penasihat Dasar kepada Anthony sejak 18 Mei tahun lalu.

Ti Lian Ker
Ti Lian Ker

Bagi menolak kenyataan Tony Pua bahawa DAP bercadang untuk bergerak sendiri tanpa BN atau UMNO yang didakwa sebagai parti korup, Anthony Loke tidak boleh membiarkan ini "berlalu" seperti pendirian biasa DAP "membiarkan PAS berlalu dalam banyak isu” pada masa lampau mereka.

“(Justeru) Anthony Loke harus mengambil tindakan tatatertib terhadap Tony Pua sama seperti tindakan diambil ke atas Superman Hew atau memecatnya sebagai Penasihat Dasar DAP kepada Setiausaha Agung. Saya cabar awak (Anthony) Loke,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tony Pua
Tony Pua

Malah, Lian Ker yang juga mantan Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, tindakan tersebut perlu dilakukan bagi membuktikan komitmen dan keyakinan DAP terhadap Kerajaan Perpaduan.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, setiap kali UMNO atau individu yang dikaitkan dengan UMNO membuat "kenyataan tidak wajar" BN atau parti komponen, khususnya MCA akan dipersalahkan oleh DAP dan jentera propaganda mereka akan bekerja dari semasa ke semasa terhadap kenyataan yang tidak ada dalam parti ini.

“Presiden parti terutamanya MCA akan diminta untuk menekan UMNO supaya mengambil tindakan terhadap sesiapa yang tiada dalam parti ini. Sekarang DAP berada dalam kerajaan bersama-sama dengan UMNO, adalah baik untuk ambil perhatian bahawa mereka telah belajar untuk menghormati sensitiviti UMNO,” katanya.

Dalam pada itu, Lian Ker turut ‘memuji’ DAP kerana sudah belajar untuk menghormati sensitiviti UMNO, berbeza daripada sebelum ini.

“DAP masih berusaha keras untuk (mendapat) undi Melayu melalui UMNO atau menenangkan penyokong UMNO kerana menggelar UMNO korup, perompak, lanun dan lain-lain.

“Tidak seperti MCA, penyokong UMNO masih mencurigai DAP berdasarkan kenyataan provokasi dan politik mereka yang lepas,” katanya.

Malam tadi, Pua melabelkan BN sebagai pakatan ‘korup’ dan menyuarakan harapannya supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Anthony bagaimanapun berkata, Pua tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berunsur serangan terhadap mana-mana rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan.

Katanya, sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti itu pada masa kini.

“Saya ingin mengingatkan semua pemimpin dan ahli DAP untuk sentiasa menjaga keharmonian dalam hubungan antara parti dan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik yang amat diperlukan pada ketika negara menghadapi pelbagai cabaran luaran.

“Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka dalam perkara ini adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap dalam pentas DAP,” katanya. – Getaran, 24 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar