web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Perlu Dijenama Semula, Jadi Parti Masa Depan - Perwakilan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 7:30AM

UMNO harus relevan mengikut masa dan tidak boleh ketinggalan zaman - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO tidak lagi boleh bernostalgia dengan kejayaan lampau dan perlu dijenamakan semula sebagai sebuah parti masa depan.

Ketua Bahagian Bukit Gantang, Perak Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berkata untuk itu, UMNO harus relevan mengikut masa dan tidak boleh ketinggalan zaman.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di sini semalam.

Bagi Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Melaka Fairul Nizam Roslan, parti hanya akan menjadi kuat jika semua ahlinya bersatu padu dan bersatu hati selain tidak ‘menembak’ sama sendiri.

“Letakkanlah kepentingan parti sebagai nombor satu supaya survival parti akan lebih terbela pada masa depan,” katanya.

Pengarah Komunikasi dan Strategik UMNO Sabah Datu Rosman Datu Ahir Zaman @ Abdul Halim pula menggesa ahli agar segera menguruskan persepsi negatif yang dilemparkan khususnya terhadap struktur pentadbiran parti.

Beliau berkata ia penting dalam mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan UMNO sekali gus memberi keyakinan kepada parti untuk mengurus negara dengan lebih baik. 

“Percubaan demi percubaan dilakukan untuk menggambarkan keburukan UMNO namun saya percaya dan yakin apa jua keputusan yang dilakukan UMNO adalah demi Malaysia dan Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) tidak bertindak berseorangan sebaliknya berpandukan musyawarah dan sebarang keputusan parti adalah melalui perbincangan,” katanya.

 Setiausaha Kerja UMNOSiswa Malaysia Ainool Husaini Md Yatim pula mencadangkan pemberian bantuan kewangan oleh kerajaan kepada pelajar yang diterima masuk ke institut pengajian tinggi bagi meringankan beban pada permulaan semester. 

 “UMNOSiswa mencadangkan supaya kad RHB yang digunakan sebagai kad matrik pelajar dioptimumkan dengan mengkredit pemberian kewangan awal semester memandangkan (pinjaman) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional belum dimasukkan lagi sedangkan pelajar sangat memerlukan wang pada ketika itu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan