web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Undi DAP Strategi Politik Semasa Yang Boleh Berubah – Khairuddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 2:16PM

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Majlis Ulama UMNO menegaskan mengundi calon DAP pada pilihan raya di enam negeri yang akan datang adalah strategi politik semasa yang boleh berubah.

Setiausaha Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kerjasama pilihan raya menyaksikan undi akan diberikan kepada parti rakan kerjasama untuk memaksimakan kemenangan gabungan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan

Susulan itu, katanya, pada pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang, semua gabungan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan perlu saling mengundi rakan kerjasama atas dasar ia adalah strategi semasa yang tidak mengubah prinsip dan dasar parti masing-masing.

“Kerjasama politik dilakukan oleh semua parti politik di pelbagai negara sebagai strategi semasa untuk mencapai matlamat tertentu bersifat semasa oleh parti.

“Ketika kerjasama politik, semua parti kekal dengan dasar masing-masing ketika bekerjasama, tetapi ada titik dan prinsip yang dipersetujui bersama sebagai strategi dan pendekatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau lagi, kerjasama tersebut boleh dinilai semula sekiranya berlaku pelanggaran terhadap syarat yang telah dipersetujui.

“Selagi mana syarat-syarat kerjasama dipersetujui dan dipenuhi maka kerjasama boleh diteruskan.

“Apabila syarat dilanggar maka kerjasama politik boleh dirungkai dan dibatalkan. Itu asas dan prinsip dalam bekerjasama,” katanya.

Menurut Mohd Khairuddin, UMNO bersetuju menubuhkan Kerajaan Perpaduan yang turut disertai DAP dengan mengemukakan empat prinsip yang perlu dipersetujui oleh mereka.

Katanya, empat prinsip itu adalah menjunjung Islam sebagai agama Persekutuan, mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu sebagai asas bernegara, memperakui hak istimewa Melayu dan Bumiputera serta Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Beliau berkata, PAS satu ketika dahulu  juga pernah bekerjasama dengan DAP dan mengarahkan ahli parti mengundi dan berkempen untuk parti berkenaan pada pilihan raya.

“Ia adalah strategi semasa PAS ketika itu. Pada 2015, PAS terkeluar daripada Pakatan Rakyat dan tidak lagi bersama DAP.

“Terkini PAS pula bekerjasama dengan Gerakan yang juga pernah menentang keras usaha PAS menegakkan Hudud,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebelum ini PAS mengecam dan mengutuk Tun Dr Mahathir tetapi hari ini, parti berkenaan kembali bersama mantan Perdana Menteri itu dan memuji beliau yang dahulunya dikecam kerana tragedi Memali yang melukakan hati ahli PAS.

“Apa yang pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak kata dan kutuk PAS, tapi hari ini PAS dan BERSATU bekerjasama menerusi Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, apabila ahli UMNO sudah berada dalam Kerajaan Perpaduan, maka ahli hendaklah mengikut disiplin parti.

“Disiplin parti itu memastikan arahan parti dituruti... memanglah undi itu rahsia tetapi gesaan saya ialah bukan (undi) atas nama parti atau DAP tetapi atas nama Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga dilaporkan berkata, ahli UMNO jika tidak suka DAP, maka undi itu boleh diberi atas nama Kerajaan Perpaduan kerana sebagai ahli parti wajib menjunjung kesetiaan atas titah Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sebagai ahli maka mereka perlu mematuhi disiplin parti dalam memastikan arahan parti dituruti. – Getaran, 7 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar