web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sahkan Kehadiran Ke PAU 2023 : Ahmad Zahid Berterima Kasih Kepada Abang Jo

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 9:05PM

Ahmad Zahid bersalam dengan Abang Johari dalam lawatan ke Kapit, hari ini. - Gambar dari Facebook Zahid Hamidi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAPIT - Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerana telah mengesahkan kehadiran beliau ke Perhimpunan Agung Umno 2023 pada 7 hingga 10 Jun ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata pengesahan itu dibuat Abang Johari yang juga Premier Sarawak, semasa beliau berkunjung ke kediamannya di Kuching pada pagi hari ini.

Beliau berkata pengesahan kehadiran itu merupakan satu manifestasi bermakna kepadanya, kerana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku pengerusi Kerajaan Perpaduan dan Pakatan Harapan juga akan hadir ke perhimpunan itu, selain presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal.

Ahmad Zahid juga berharap supaya Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor, akan hadir ke perhimpunan itu kelak.

“19 presiden parti anggota kerajaan perpaduan akan hadir dan ini satu petanda baik dan penghargaan kepada Umno dam Barisan Nasional.

“Kita berusaha untuk memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan ini, agar kerjasama yang dijalinkan akan lebih berstruktur,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Richard Engking, Sungai Amang di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata kerjasama kukuh anggota Kerajaan Perpaduan itu penting, bagi kestabilan politik lebih-lebih lagi dalam menghadapi enam Pilihan Raya Negeri, yang akan diumumkan pada bila-bila masa.

“Kita mengharapkan kemenangan akan memihak kepada komponen parti Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata bekas ahli Umno dan ahli yang bukan perwakilan juga boleh hadir untuk mengubat kerinduan mereka terhadap suasana perhimpunan tersebut.

“Mereka boleh datang sebagai pemerhati. Kita harapkan perhimpunan ini menjadi satu titik permulaan bagi kita menyelesaikan isu selama ini,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar