web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gelombang PN Pada PRU-15 Masih Belum Terpadam - Tuan Ibrahim

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 3:53PM

Tuan Ibrahim (kiri) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) pada Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) Pusat, semalam. - Gambar dari Facebook Tuan Ibrahim Tuan Man

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – PAS yakin gelombang Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan terus berkembang pada pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sokongan pengundi terhadap gabungan itu masih utuh ketika ini.

Tuan Ibrahim Tuan Man - Gambar fail
Tuan Ibrahim Tuan Man - Gambar fail

“Semalam saya hadir ke Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) Pusat. Kerja-kerja menuju Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah mula digerakkan di keenam-enam negeri.

“Gelombang PN yang melanda negara dalam PRU-15 lalu, masih lagi tidak terpadam dan akan terus semarak hasil kerjasama padu jentera PN dari pelbagai peringkat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Pada PRU-15, November lalu, PN memenangi 74 kerusi dan mengukuhkan kedudukannya di Kedah dengan menguasai 14 daripada 15 kerusi Parlimen di negeri itu.

Pakatan Harapan (PH) pula meraih 82 kerusi, BN (30), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (6), Warisan (3), Bebas (2) manakala Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing memenangi satu kerusi.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri itu akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada penghujung bulan ini bagi menghadapi PRN.

Malah, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dijangka menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah pada minggu ketiga Jun bagi pembubaran DUN Selangor.

Selain Pulau Pinang dan Selangor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan serta Terengganu akan mengadakan PRN tahun ini selepas keenam-enam negeri itu tidak membubarkan DUN pada PRU-15, November lalu. – Getaran, 1 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad