web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khairuddin Nafi Bertanding Di DUN Bukit Tunggal, ‘Mereka-Reka Cerita Palsu…’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 11:51AM

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan dakwaan beliau akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu akan datang.

Mantan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu turut meluahkan kekecewaannya di atas penyebaran poster di Facebook mengaitkan beliau sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kerusi tersebut.

Pada masa sama, beliau turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.

“Perlu diperingatkan bahawa mencipta dan mereka-reka cerita palsu adalah perlakuan dosa dalam Islam dan salah dari sudut undang-undang negara.

“Ia tidak wajar dilakukan oleh seorang ahli politik apatah lagi seorang muslim,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Terdahulu, tular poster di Facebook mendakwa kononnya mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abdul Rahman menyokong jika Mohd Khairuddin dicalonkan di kerusi DUN Bukit Tunggal.

Bagaimanapun, Ahmad Razif yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus menerusi satu kenyataan mengesahkan akauan Facebook dikaitkan dengan beliau adalah palsu dan kenyataan disiarkan tiada kaitan dengannya.

Beliau yang juga ADUN Seberang Takir percaya propaganda murahan seperti itu, dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai niat jahat dan mulai takut dengan kesedaran rakyat untuk kembali kepada BN pada PRN Terengganu tidak lama lagi.

“Taktik politik murahan sebagaimana yang disebarkan melalui akaun Facebook palsu tersebut adalah memalukan di saat demokrasi harus disegarkan dengan politik matang dan harmoni.

“Sehubungan itu, saya mengharapkan agar akhlak politik jijik ini mesti segera dihentikan dan saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan atau melaporkan kepada pihak berkenaan mengenai perkara ini,” katanya.

Ahmad Razif turut menggesa rakyat dan netizen agar lebih berhati-hati dengan propaganda sedemikian dan mendapatkan maklumat sebenar sebelum memberikan reaksi atau menyalin akaun palsu tersebut untuk disebarkan.

“Marilah kita menjauhkan diri daripada politik fitnah, murahan dan berniat jahat seperti itu kerana ia itu bukanlah amalan yang selari dengan demokrasi sebenarnya,” katanya. – Getaran, 15 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan