web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Saya Serah Kepada Tok Mat Runding Pembahagian Kerusi’ – Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 7:04AM

Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Mohamad Hasan dalam membuat rundingan pembahagian kerusi di Kelantan dan Terengganu bagi Pilihan Raya Negeri yang akan datang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) memberi kepercayaan kepada Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetuai rundingan pembahagian kerusi di Kelantan dan Terengganu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Mohamad atau lebih mesra disapa Tok Mat dalam membuat rundingan tersebut.

“Saya menyerahkan kebijaksanaan perundingan ini kepada Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Pengerusi BN untuk menentukan kebijaksanaan itu diterjemahkan dengan sebaik-baiknya.

“Kita akan mendengar apa sahaja pandangan daripada mereka,” kata Zahid yang juga Presiden UMNO seperti dilaporkan portal Sinar Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-77 di Surau Ar Rahman, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, malam tadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) gagal meraih sebarang kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu, BN pula memenangi lapan daripada 45 kerusi DUN di Kelantan dan 10 daripada 32 kerusi di Terengganu.

Selain Kelantan dan Terengganu, negeri yang turut akan mengadakan PRN tahun ini adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah.

Dalam pada itu, ketika menyampaikan amanatnya sempena sambutan Ulang Tahun ke-77 UMNO, Ahmad Zahid menegaskan parti itu masih relevan meskipun terdapat tanggapan bahawa ia seolah-olah “tidak bernyawa lagi,” terutamanya selepas memperlihatkan rekod prestasi kurang baik sejak 2018.

Beliau berkata, UMNO yang melalui pelbagai cabaran sepanjang 77 tahun penubuhannya, masih mempunyai 26 Ahli Parlimen serta empat lagi Ahli Parlimen daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang menyertai Kerajaan Perpaduan.

“Di dalam kita melihat diri kita sendiri, kita jangan lupa lihat sejarah, namun kalau kita hanya menggali sejarah tanpa persediaan kita ke hadapan, maka kita tidak akan ke mana-mana.

“23 tahun lagi, UMNO akan berusia 100 tahun ertinya dalam dua dekad lagi, apabila UMNO berusia 100 tahun ketika itu lakaran perjuangan UMNO mungkin telah berubah,” katanya. 

Beliau berkata, biarpun berada dalam kerajaan sekarang dengan jumlah Ahli Parlimen yang kecil, parti ini berfungsi dengan lebih baik dalam Kerajaan Perpaduan dengan konsep Malaysia MADANI berbanding hubungannya dengan rakan kongsi dalam kerajaan sebelum ini.

Mengulas mengenai Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang dijadual berlangsung Ahad ini, katanya, semua 148 Ahli Parlimen yang mendukung kerajaan akan dihimpunkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan amanat penting. – Getaran, 12 Mei 2023


 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 20 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad