web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Pembahagian Kerusi Di Peringkat Negeri Hampir Selesai - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 7:51AM

Ahmad Zahid diiringi Ketua Menteri Melaka Datuk Ab Rauf Yusoh ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Negeri Melaka semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di peringkat negeri telah hampir selesai, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan itu kemudiannya akan dibawa ke peringkat pusat untuk diperhalusi dan dimuktamadkan.

“Saya yakin di peringkat negeri, kebanyakannya telah ada kesefahaman yang baik antara pemimpin-pemimpin parti dalam BN dan juga PH.

“Mana-mana kerusi yang akan diselesaikan antara parti-parti di dalam BN akan diselesaikan secara dalaman terlebih dahulu, begitu juga saya yakin (dengan) parti-parti di dalam PH,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Melaka di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Ahmad Zahid berkata selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH akan mengadakan mesyuarat penyelarasan Kerajaan Perpaduan pada Ahad ini termasuk bagi mendengar persiapan parti-parti bagi menghadapi PRN di Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata BN dan PH juga tidak memandang ringan persaingan di enam PRN berkenaan memandangkan ia bakal mencerminkan manifestasi penerimaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan.

“Insya-Allah segala persiapan akan dibuat dengan rapi dan yang penting adalah kerjasama antara jentera parti bukan sahaja di peringkat negeri tetapi di peringkat pusat daerah mengundi (PDM) serta peringkat lokaliti,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kesian Pak Cik, Kan Dah Terlentang

3

Politik 2 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

4

Politik 2 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan