web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Saya Belum Lagi Jadi Ahli Mana-Mana Parti’ – Noh

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 7:05PM

Noh Omar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyangkal dakwaan beliau akan bertanding di Selangor atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Menurut Noh yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, beliau belum menyertai mana-mana parti sejak dipecat daripada UMNO pada 27 Januari lalu.

“Saya ingin membuat sedikit pembetulan di atas kekeliruan yang disiarkan beberapa portal daripada kenyataan yang saya kelmarin. Ada portal menyiarkan saya akan menjadi calon PN dalam PRN yang akan datang.

“Saya ingin jelaskan, untuk menjadi calon mana-mana parti hanya pimpinan parti yang akan menentukan siapakah yang layak menjadi calon.

“Oleh kerana sehingga hari ini, saya belum lagi menjadi ahli mana-mana parti. Maka adalah tidak betul kalau mengatakan saya akan menjadi calon dalam PRN yang akan datang ini,” katanya dalam video yang dimuatnaik di Facebook beliau, hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

Pada 27 Januari lalu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memecat keahlian Noh selepas beliau mencabar Presiden UMNO itu supaya memecat keahliannya terus daripada parti, berbanding keputusan MKT untuk menggantung keahliannya selama enam tahun.

Selain Noh, turut dipecat, bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Kedua-duanya dipecat disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif digantung keahilan selama enam tahun.

Tindakan itu didakwa sebagai pembersihan besar-besaran terhadap mereka yang mensabotaj parti dan calon pada PRU-15. - Getaran, 2 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad