web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahmad Menang Jawatan Ketua UMNO Pontian, Tamatkan Kepimpinan 22 Tahun Hasni

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 12:09AM

Ahmad Maslan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Teka-teki siapa bakal menduduki kerusi Ketua UMNO Bahagian Pontian pada pemilihan parti itu malam ini terjawab, apabila Datuk Seri Ahmad Maslan dipilih ke jawatan terbabit, menewaskan penyandang terdahulu, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Kemenangan Ahmad di kerusi panas itu, menyaksikan legasi selama 22 tahun Hasni sebagai Ketua UMNO bahagian berkenaan berakhir.

Hasni Mohamad
Hasni Mohamad

Pertandingan antara Ahmad yang juga Timbalan Ketua UMNO Pontian menyaksikan beliau memperoleh 388 undi, manakala Hasni 291 undi.

Terdahulu, persaingan sengit antara Hasni yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam dengan Setiausaha Agung UMNO itu, dikatakan menyaksikan undi diterima kedua-dua mereka terpaksa dikira semula.

Ia selepas seorang daripada mereka didakwa tidak berpuas hati dengan undi diterima membabitkan seramai 690 perwakilan daripada 117 cawangan di kawasan itu pada proses pemilihan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian, Johor.

Hasni memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian sejak 2001, selain pernah menduduki beberapa portfolio, termasuk sebagai Pengerusi UMNO Johor dan Menteri Besar negeri berkenaan.

Manakala Ahmad yang memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian sejak 2008, menjadi Ahli Parlimen Pontian bermula tahun sama, mantan Ketua Penerangan UMNO serta bekas Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN).

Terkini, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 27 Februari lalu, Ahmad ketika sidang media di Parlimen, dilapor mengesahkan beliau akan bertanding bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian.

“Di bahagian, saya akan berlawan persahabatan dengan Hasni, beliau Ketua Bahagian sudah lebih 20 tahun.

“Jadi saya kira, saya ingin menawarkan diri supaya difikirkan oleh perwakilan untuk bahagian Pontian,” katanya. 

Sementara itu, pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Februari dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Puteri Cawangan.

Ia diikuti Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat, diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac lalu.

Keputusan bagi kerusi Ketua Wanita UMNO dimenangi penyandang jawatan itu, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, manakala Ketua Pemuda dan Ketua Puteri, masing-masing menjadi milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Mohamad Akmal Saleh serta Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi. 

Pemilihan UMNO berakhir semalam dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian, bersama pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Menurut laporan, pemilihan kali ini membabitkan lebih 100,000 perwakilan membabitkan 189 bahagian UMNO seluruh negara yang melaksanakan tanggungjawab menentukan kepimpinan peringkat bahagian, MKT dan Naib Presiden UMNO, bermula jam 9 pagi semalam. – Getaran, 18 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 17 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar