web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Naib Presiden: Wan Rosdy Dahului Senarai, Calon Pertama Lepasi 20 Undi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 8:42PM

Wan Rosdy (tengah) ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands 2023 di Dewan UMNO Bahagian Cameron Highlands, hari ini. - Gambar dari Facebook Wan Rosdy bin Wan Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perebutan jawatan Naib Presiden UMNO hari ini, menyaksikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail terus mendahului saingan sejak awal pengundian.

Menerusi siaran langsung keputusan rasmi calon Naib Presiden di Facebook UMNO Online, Wan Rosdy meraih 21 undi setakat 7.15 petang ini.

Persaingan sengit dapat dilihat antara Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani apabila masing-masing mendapat 16 serta 14 undi.

Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin

Lima calon lain Naib Presiden UMNO iaitu Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berjaya memperoleh 10 undi; ahli MKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (8); Ketua UMNO Pontian, Datuk Hasni Mohammad (6) dan penyandang jawatan itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid (3).

Terdahulu, pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Februari dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Puteri Cawangan.

Ia diikuti Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat, diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac lalu.

Noraini Ahmad
Noraini Ahmad

Keputusan bagi kerusi Ketua Wanita UMNO dimenangi penyandang jawatan itu, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, manakala Ketua Pemuda dan Ketua Puteri, masing-masing menjadi milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Mohamad Akmal Saleh serta Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.

Pemilihan UMNO berakhir hari ini dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian, bersama pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Menurut laporan, pemilihan kali ini membabitkan lebih 100,000 perwakilan membabitkan 189 bahagian UMNO seluruh negara yang melaksanakan tanggungjawab menentukan kepimpinan peringkat bahagian, MKT dan Naib Presiden UMNO, bermula jam 9 pagi ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, keputusan pemilihan hari ini dijangka mula diketahui seawal jam 10 malam ini.

Bahagian tidak dipertandingkan pada pemilihan kali ini adalah Kota Kinabalu, Tanah Merah dan Libaran. – Getaran, 18 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad