web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khir Toyo Terima Amaran UMNO, Jangan Hina Lagi Jamal Yunos

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 2:30PM

Mohamad Khir - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Disiplin UMNO memberi amaran keras terhadap mantan Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo selepas didapati bersalah kerana melempar tohmahan, mengeji dan menghina Datuk Seri Jamal Md Yunos secara terbuka pada awal Mac lalu.

Pengerusinya, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, tohmahan dibuat Dr Mohamad Khir itu disiarkan tiga media pada 1, 5 dan 8 Mac lalu.

Menurut beliau, amaran itu diberikan kerana Dr Mohamad Khir memburuk-burukkan calon lain dalam tempoh pemilihan parti itu yang telah diputuskan Lembaga Disiplin pada 15 Mac lalu.

“Dr Mohamad Khir didapati bersalah kerana melanggar Perlembagaan UMNO dan Tatetika Ahli UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sepucuk surat Lembaga Disiplin UMNO kepada Dr Mohamad Khir yang dialamatkan ke kediamannya di Sungai Besar, Selangor bertarikh 16 Mac lalu.

Berdasarkan surat tersebut, Dr Mohamad Khir pada 8 Mac didakwa melemparkan tohmahan, mengeji dan menghina Jamal yang menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dalam pemilihan parti pada 18 Mac ini.

“Beliau dalam kenyataan akhbar tersebut telah berkata ‘Jamal dah kalah hampir 7,000 undi, takkan nak beri peluang kepada dia lagi untuk memimpin UMNO Bahagian?

“Orang Sungai Besar rata-ratanya menolak cara yang seperti gengsterisme ini.

“Malah ramai Ketua Cawangan berjumpa dengan saya yang inginkan perubahan dalam kepimpinan UMNO Bahagian Sungai Besar,” katanya seperti dipetik laporan media terbabit.

Pada 5 Mac lalu pula, mantan Menteri Besar Selangor tersebut secara terbuka mengeji dan menghina Jamal dalam kenyataan yang bertajuk ‘Amalan Gengsterisme Rugikan UMNO’.

Manakala bagi pertuduhan ketiga pula, Dr Khir pada 1 Mac telah membuat kenyataan secara terbuka di saluran media sosial, bertajuk ‘Khir Toyo Buat Kemunculan Semula, Mahu Bantu Anak Muda Sungai Besar’ dengan niat mahu mempengaruhi perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar bagi mendapat undi dan sokongan.

“Kesemua pertuduhan itu adalah perbuatan tidak menjaga nama baik dan maruah parti, sekali gus Perkara 5.3 Tataetika Ahli UMNO yang boleh dihukum di bawah Fasal 20.10 Perlembagaan UMNO.

“Sekiranya Dr Mohamad Khair tidak berpuas hati dengan hukuman Lembaga Disiplin seperti di atas, selaras dengan Fasal 20.6 Perlembagaan UMNO bolehlah merayu kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT),” katanya. - Getaran, 18 Mac 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad