Berita Terkini

7 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 7 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 7 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 7 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 7 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


PRN: Rundingan Kerusi PH-BN Ahad Ini

Politik Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 5:17PM

Pakatan Harapan dan Barisan Nasional akan mengadakan rundingan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Ahad ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Perundingan kerusi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan pada mesyuarat Sekreteriat Kerajaan Perpaduan, Ahad ini. 

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, tiga jawatankuasa yang bakal membuat pembentangan pada mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu adalah Jawatankuasa Perundingan Kerusi, Jawatankuasa Pemantauan Dasar dan Polisi serta Jawatankuasa Mobilisasi dan Komunikasi. 

“Saya difahamkan oleh Ketua Sekretariat, iaitu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa ketiga-tiga jawatankuasa itu akan ada laporan kepada majlis pimpinan Kerajaan Perpaduan,” katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Saifuddin Nasution Ismail
Saifuddin Nasution Ismail

Sementara itu, Saifuddin berkata, analisis sains data berhubung statistik pilihan raya terdahulu yang dibentangkan kepada pimpinan PH, menjadi asas rundingan kerusi dan membentuk strategi bagi gabungan tersebut. 

“Jadi persiapan sangat terkait dengan berjaya atau tidak kita menguruskan rundingan kerusi. Berjaya atau tidak kita mempersiapkan strategi bersama dan berjaya atau tidak kita gabungkan kekuatan parti dalam PH. 

“Cuma kali ini anjakannya rundingan kita bukan sahaja bersama PH tetapi juga membabitkan UMNO dan Barisan Nasional (BN). 

Dari segi pengagihan kerusi peringkat PH, tambahnya, ia bermula dengan kerusi milik parti penyandang yang bermakna, lain-lain parti tidak akan meminta kerusi berkenaan. 

Komponen kedua ujarnya, PH akan melihat dari segi prestasi kerusi pada pilihan raya umum lepas, iaitu tahap kebolehmenangan. 

“Ketiga ialah sedikit anjakan, dulu tiada iaitu ruang untuk kita teruskan rundingan dengan UMNO BN. Jadi pada kali ini kita sedikit berbeza, katanya. 

Selain aspek penyandang, tambahnya, PH akan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk aspek geografi serta pendapatan, peringkat pengajian dan bilangan perusahan mikro kecil dan sederhana (PMKS). 

“Ini kerana kita punya data analisis kita gabungkan pelbagai faktor. Ada signifikan? Ada. 

“Kalau ada satu kawasan mempunyai PMKS, yang kita dapat rekod dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) misalnya, katakan kawasan Gurun dan Sungai Petani, Bakar Arang, ada banyak terdiri PMKS. 

“Dan sektor ini menggajikan banyak pekerja. Jadi isunya isu pendapatan, simpanan, kos hidup. Semua terkait,” katanya. 

Beliau mengakui, sebelum ini kepentingan aspek berkenaan tidak dititikberatkan dan kempen dijalankan secara ‘pukul rata’. 

“Sekarang tidak lagi, ia mesti bersegmen (segmentalised) dan targeted (bersasar). 

“Jadi itu semua ini adalah antara secebis perkongsian daripada sudut bagaimana kami mengolah strategi pilihan raya kali ini,” katanya. - Getaran, 16 Mac 2023

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Berpotensi Jadi Peneraju Hab Digital Di Rantau Asia Tenggara

Semasa 9 jam yang lalu

Ops Tiris: 5,000 Liter Diesel Bersubsidi Dirampas

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

Batal Pengecualian Cukai: Dakwa Muhyiddin Berniat Jahat, Guan Eng Lapor Polis

oleh Sofian Baharom

Semasa 15 jam yang lalu

Cadangan Mrsm Berbayar, Kos Haji Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini