web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya Keputusan Naib Ketua Pemuda UMNO Belum Boleh Dimuktamadkan - Shahrir

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 9:22AM

Shahrir Abdul Samad berkata terdapat lapan lagi bahagian belum menghantar keputusan undian mereka kepada Ibu Pejabat UMNO malam tadi - Gambar Facebook UMNO Online

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hanya keputusan pertandingan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan sayap parti itu yang belum boleh dimuktamadkan pada malam tadi, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata ini kerana terdapat lapan lagi bahagian belum menghantar keputusan undian mereka kepada Ibu Pejabat UMNO.

Menurut Shahrir persaingan bagi jawatan itu sangat sengit dengan hanya enam undi memisahkan Mohd Hairi Mad Shah yang memperoleh 85 undi dan Ikmal Hazlan Ikmal Hisham dengan 79 undi setakat 8 malam tadi.

“Menunggu kepastian kerana perbezaan antara tempat pertama dan tempat kedua (buat masa ini) hanyalah enam undi. Jadi maknanya kalau ada lagi lapan bahagian (yang masih belum hantar) ia boleh mengubah keadaan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Menara Dato’ Onn di sini.

Shahrir bagaimanapun berkata keputusan bagi jawatan Ketua Pemuda dan jawatan-jawatan bagi sayap Wanita dan Puteri UMNO sudah boleh ditentukan pada malam tadi, walaupun secara tidak rasmi.

Katanya, di peringkat Wanita, Datuk Dr Noraini Ahmad berjaya mempertahankan kedudukannya yang dicabar Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil manakala Norliza Abdul Rahim turut mempertahankan jawatannya sebagai Naib Ketua Wanita.

Untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO pula, Dr Muhamad Akmal Salleh menang selesa dengan 119 undi setakat ini berbanding 50 undi diraih pencabar terdekatnya, Mohd Shahar Abdullah.

Shahrir berkata, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berjaya memenangi jawatan Ketua Puteri UMNO dan Naib Ketua sayap itu adalah Siti Sokhleha Nordin.

Menurut Shahrir keputusan rasmi berkenaan kesemua jawatan tersebut akan diumumkan pada satu sidang media pagi ini (13 Mac).

Sementara itu, Shahrir memaklumkan pihaknya menerima bantahan keputusan bagi jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah dan pemilihan bagi jawatan itu akan diadakan semula sebelum 17 Mac ini.

Katanya, ia selaras dengan prinsip parti yang memberi masa tiga hari kepada mana-mana perwakilan untuk mengemukakan bantahan mereka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad