Berita Terkini

24 minit yang lalu: PM Anwar yakin prospek pertumbuhan jangka sederhana hingga jangka panjang Malaysia akan kekal baik 24 minit yang lalu: Malaysia akan terus bekerjasama dengan China untuk meningkatkan kerjasama sedia ada dalam BRI, memperluas bidang pertumbuhan baharu - PM Anwar 45 minit yang lalu: MOF timbang peruntukan segera RM45.5 juta naik taraf CIQ KSAB atasi kesesakan 46 minit yang lalu: Gangguan Seksual: Sharon sedia beri sokongan emosi, kaunseling 46 minit yang lalu: Projek pembetungan Kuantan dijadual siap September

IKUTI KAMI


Tak Jadi Letak Jawatan, Ini Bukti Muhyiddin Cakap 'Tak Serupa Bikin' 

Politik · Diterbitkan pada 12 Mar 2023 9:08PM

Muhyiddin (tengah) bersama Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (kiri) dan Setiausaha Agung BERSATU Datuk Seri Hamzah Zainuddin (kanan) pada perhimpunan agung parti berkenaan, di sini, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang enggan melepaskan jawatannya walaupun berdepan pendakwaan di mahkamah dianggap sebagai ‘cakap tidak serupa bikin’.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, sebelum ini BERSATU menggesa pemimpin partinya meletak jawatan jika didakwa, tetapi mereka tidak pula berbuat demikian. 

"Apabila sudah ada pertuduhan dan dakwaan, dia tidak letak jawatan sebab kononnya kawan-kawan dia tak bagi.

“Apa punya sembang, Muhyiddin ini memang cakap tak serupa bikin dari dulu,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Malah, Isham berkata, Muhyiddin juga sebelum ini ada memberi kenyataan bahawa tindakan peletakan jawatan adalah tindakan standard untuk BERSATU jika didakwa di mahkamah. 

Isham Jalil
Isham Jalil

“Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan kena dakwa dan letak jawatan tetapi kenapa Muhyiddin tidak pula,” katanya.

Beliau turut menyelar tindakan Muhyiddin yang sebelum ini lantang menjadi jaguh dengan menuduh parti lain sebagai kleptokrat.

Jelasnya, Ahli Parlimen Pagoh itu kini di ambang ketakutan dan akan menggunakan sepenuhnya parti komponen PN untuk meraih simpati. 

“Dulu dia kata orang, sekarang kes kleptokrat dialah yang paling besar dalam sejarah Malaysia.

“Sekarang dia nak buat ‘Gelombang Abah @ Gelabah’ dan akan tunggang parti komponen Perikatan Nasional (PN) seperti biasa lagi sebab BERSATU tiada akar umbi.

“Lain kali, jangan guna duit komisen kontraktor rundingan terus daripada projek kerajaan untuk biaya kempen politik kamu seperti yang kamu didakwa buat sebelum ini," katanya 

Muhyiddin pada sidang media selepas didakwa dengan 6 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, minggu lalu.
Muhyiddin pada sidang media selepas didakwa dengan 6 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, minggu lalu.

Muhyiddin berhadapan enam pertuduhan iaitu empat membabitkan dakwaan menerima suapan berjumlah RM232.5 juta manakala dua lagi pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta empat tahun lalu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden BERSATU menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd dan RM1 juta daripada Nepturis Sdn Bhd, bagi BERSATU.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, beliau didakwa sebagai Perdana Menteri dan presiden parti itu telah menggunakan kedudukannya untuk satu suapan, iaitu wang berjumlah RM19.5  juta daripada Mamfor Sdn Bhd dan RM12 juta daripada Azman Yusoff bagi parti berkenaan. 

Selain itu, Muhyiddin atas kapasitinya sebagai Presiden BERSATU juga didakwa atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik parti itu. - Getaran, 12 Mac 2023.



 

Sorotan

1

Tetapkan Garis Masa, Sasaran Selesai Isu Doktor Kontrak Dalam 3 Tahun

2

Pharmaniaga Jamin Bekalan Ubat Tidak Terjejas - Menteri

3

Saya Hormat Kebebasan Media, Tapi Akan Tegur Jika Laporan Menimbulkan Fitnah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 49 minit yang lalu

Anwar Hadiri Sesi Meja Bulat Dengan Tokoh Korporat China

oleh Khaw Chia Hui

Semasa 6 jam yang lalu

Lebih 12,000 Pendatang Asing Diusir Ke Negara Asal Sejak Januari 2023

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Kenal Pasti Pengirim Bungkusan Kepada PM, Rafizi

Semasa 1 hari yang lalu

Perbincangan Peringkat Tertinggi Harus Libatkan Persaingan Teknologi Sebagai Agenda Utama - PM