web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tok Mat Kekal Jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau Tanpa Bertanding

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 9:00AM

Mohamad Hasan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023/2026.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Mustafa Salim, berkata Mohamad mengekalkan jawatan tersebut yang disandangnya sejak 2003 selepas menjadi calon tunggal mengemukakan permohonan untuk jawatan itu apabila pencalonan ditutup kelmarin.

“Selain itu, Ketua UMNO Bahagian Jelebu, yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa (Ahli Parlimen Tampin) turut menang tanpa bertanding untuk jawatan masing-masing.

“Ini kerana mereka sentiasa berada di lapangan, jadi tiada yang menandingi, lebih-lebih mereka berpengalaman banyak dalam politik,” katanya kepada Bernama, semalam.

Mustafa juga mengesahkan dirinya dan Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mazalan Maarop bersaing bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban.

Beliau berkata Ahli Undangan Negeri (ADUN) Palong, Mustapha Nagoor dan bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin ‘berentap’ bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Jempol iaitu sebelum ini disandang Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif yang digantung keahlian dalam UMNO selama enam tahun.

Menurutnya, jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah pula ditandingi ADUN Juasseh, Datuk Ismail Lasim dan Naib Ketua, Khairolnezam Shaari manakala UMNO Bahagian Port Dickson menyaksikan perebutan antara ketuanya, Datuk Mohd Faizal Ramli dan ADUN Bagan Pinang, Datuk Tun Hairuddin Abu Bakar.

Mustafa berkata Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Hasim Rusdi pula berdepan dua pesaing iaitu bekas Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Mohd Helmy Din dan Hanizam Abd Razak bagi bahagian itu.

Pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Februari lepas hingga 18 Mac ini dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Puteri Cawangan ialah dari 1 hingga 26 Februari ini.

Selain itu, Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac ini.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Sokong Bubar DUN Negeri Sembilan, PRN Johor Mungkin Dalam Masa Terdekat - Tok Mat

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Sukarelawan GSF Malaysia Bicara Tanpa Peguam, Kerajaan Terus Pantau Situasi - Mohamad

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar