web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Komited Pastikan Hutang Peneroka FELDA Tak Meningkat, Pengeluaran Hasil Bertambah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 7:00AM

Antara inisiatif dilaksanakan FELDA bagi tujuan itu adalah pengurangan tempoh pengurusan program pembangunan tanam semula ladang. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terus komited membantu peneroka dan melaksanakan inisiatif, bagi memastikan hutang golongan itu tidak terus meningkat, terutama berkaitan hutang ladang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, antara inisiatif dilaksanakan FELDA bagi tujuan itu adalah pengurangan tempoh pengurusan program pembangunan tanam semula ladang, iaitu pemberian pinjaman sara hidup disingkatkan dari lapan tahun kepada empan tahun.

Katanya, FELDA sudah melaksanakan program tanam semula dengan menggunakan baka sawit terbaharu, seperti yangambi triway dan yangambi ML 161 yang mempunyai kadar pengeluaran hasil lebih tinggi, sehingga 16 tan sehektar pada bulan ke-48.

“Dengan usaha tersebut, pendapatan peneroka dapat ditingkatkan dalam masa lebih singkat disebabkan mereka mula dibayar hasil atau pendapatan sebenar ladang bermula pada tahun kelima,” katanya ketika pemberitahuan pertanyaan Dewan Rakyat Meyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Ke-15 Tahun 2023.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan dikemukakan Ahli Parlimen Kuala Krau, Kamal Ashaari yang meminta kerajaan menjelaskan pendirian untuk meneruskan usaha kerajaan sebelum ini dalam menghapuskan hutang FELDA.

Azalina berkata, keputusan pentadbiran terdahulu pada Julai 2021 meluluskan penghapusan hutang peneroka FELDA yang keseluruhanya bernilai RM8 bilion, memberi impak besar terhadap aliran tunai lembaga itu.

Keadaan itu, katanya menyebabkan kerajaan kini tidak dapat meneruskan pelaksanaan penghapusan hutang peneroka FELDA secara berterusan.

“Justeru, kutipan balik baki hutang ataupun pinjaman dikeluarkan sehingga kini, perlu terus dilakukan sebagai sumber pendapatan FELDA untuk kelangsungan organisasi dan kebajikan warga penerokannya.

“Hal ini disebabkan kutipan hutang peneroka FELDA merupakan satu daripada sumber pendapatan FELDA yang penting, bersamaan dengan 10.8 peratus jumlah pendapatan jangkaan bagi tahun 2023,” katanya.

Pada 2021, kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka FELDA berjumlah RM8.3 bilion, menerusi inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat, terutama bagi generasi awal yang berkorban keringat dan air mata untuk membolehkan program rancangan pembangunan tanah itu dilaksanakan. – Getaran, 24 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Lori Elektrik Dengan GPS Inisiatif Baharu FELDA, Pastikan Hasil Diurus Lebih Baik - Ahmad Shabery

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Subsidi Diesel Perlu Dilaksana, Elak Salah Guna Golongan Maha Kaya, Warga Asing - PM

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Mahkamah Arahkan Jovian Mandagie Jelaskan Hutang RM10 Juta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad