web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sah! Shahrizat Tanding Jawatan Ketua Wanita UMNO

Politik · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 6:31PM

Shahrizat Abdul Jalil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengesahkan akan bertanding merebut jawatan tersebut pada pemilihan parti kali ini.

Menurut laporan media, wakil Shahrizat menyerahkan kertas pencalonannya awal hari ini di Ibu Pejabat UMNO di sini.

Difahamkan Shahrizat, 69, akan menentang Datuk Seri Noraini Ahmad untuk jawatan tertinggi wanita UMNO yang pernah diterajuinya pada 2008 hingga 2018.

Noraini Ahmad
Noraini Ahmad

Shahrizat berkata, visinya kali ini adalah untuk memperkukuh Wanita UMNO dan melebarkan sayapnya.

Malah beliau menyifatkan pertandingan merebut jawatan Ketua Wanita dengan Noraini bukan bersifat peribadi.

“Mereka yang menyokong saya mesti tahu apa yang saya pegang dan ke mana saya mahu membawa Wanita UMNO ini. Ia bukan untuk memburuk-burukkan kem lawan," katanya kepada akhbar New Straits Times.

Sebelum ini dilaporkan 147 ketua Wanita UMNO bahagian di seluruh negara menggesa Shahrizat menerajui sayap wanita parti itu memandangkan legasi dan reputasi mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu kekal walaupun selepas bersara daripada politik.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah berkata keputusan kolektif itu dibuat ketika pertemuan mereka dengan Shahrizat baru-baru ini.

Shahrizat yang juga mantan Ahli Parlimen Lembah Pantai, sebelum ini terpalit dalam kontroversi selepas suaminya, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Mohamad Salleh Ismail, dan tiga anak mereka dinamakan sebagai defendan dalam saman kerajaan untuk mendapatkan semula RM253.6 juta terhutang oleh syarikat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas itu membebaskan Shahrizat daripada terlibat dalam kes itu.

SPRM menyatakan keputusan itu dibuat selepas meneliti kertas siasatan dan laporan Jabatan Peguam Negara.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac depan. - Getaran, 17 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad