web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dira Sah Bertanding Ketua Puteri UMNO, Hantar Borang Pencalonan Hari Ini

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 10:12AM

Khaidirah Abu Zahar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Khaidirah Abu Zahar, mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Ketua Puteri UMNO dalam pemilihan UMNO 2023.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Dira berkata segala pengurusan berkaitan keputusannya untuk menawarkan diri bagi bertanding jawatan parti di peringkat pusat itu, telah selesai dan akan menghantar borang pencalonan hari ini.

“Secara asasnya pengurusan pemakluman semua sudah selesai berjalan dengan lancar. Kita dah maklum dengan Ketua Puteri sekarang Datuk Zahida Zarik Khan.

“Saya juga sendiri sudah maklumkan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri (Melaka) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat MT UMNO di Menara Dato Onn di sini malam tadi.

Beliau yang menjangkakan pertandingan empat penjuru dalam pemilihan kali ini, berharap agar semua calon yang menawarkan diri ialah mereka yang mempunyai nilai dan mampu untuk memacu UMNO dengan lebih baik. 

“Pemilihan ini bukan sahaja untuk memangkin perubahan dan mencari pemimpin baharu sahaja, tetapi juga untuk memastikan siapa sahaja yang ingin menawarkan diri ini, seseorang yang mempunyai nilai dan mampu untuk membawa parti dengan jauh lebih baik,” katanya.

Pemilihan UMNO diadakan bermula 1 Februari lepas hingga 18 Mac ini, dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan ialah pada 1 hingga 26 Februari.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Pusat pula bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad