Berita Terkini

1 jam yang lalu: MOF akan pertimbang peruntukan RM45.5 juta untuk naik taraf Kompleks Sultan Abu Bakar bagi tangani masalah kesesakan - Ahmad Maslan 4 jam yang lalu: Jepun umum kawalan eksport peralatan cip 4 jam yang lalu: Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan 4 jam yang lalu: JPJ Selangor nafi jadi punca kemalangan, sebaliknya bantu mangsa 4 jam yang lalu: China mula buka sempadan kepada kumpulan pelancong asing

IKUTI KAMI


Muhyiddin Terpesong Kerana ‘Ajaran Sesat’ PAS - Nur Jazlan

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2023 8:17PM

Nur Jazlan Mohamed - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tingkah laku Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sudah jauh ‘terpesong’ disifatkan berpunca daripada ‘ajaran sesat’ dibawa komponen PN iaitu PAS.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed secara sinis berkata, mutakhir ini banyak tindakan diambil Muhyiddin dilihat berpandukan kepada dalil dan fatwa politik ulama PAS, khususnya presiden parti berkenaan, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menyelar keadaan itu, Nur Jazlan berkata, PAS sejak dahulu sememangnya terkenal dengan sikap bijak mengambil kesempatan dan memanipulasi siapa pun yang bersahabat dengan mereka.

“Masa dengan DAP dan PKR dulu, PAS keluarkan fatwa boleh berkawan dengan Cina DAP. Bila berpisah dengan DAP terus tukar dalil; haram pula bagi sesiapa yang bersekongkol dengan parti cauvinis Cina itu.

“Masa PAS berbaik dengan UMNO untuk tubuhkan MN (Muafakat Nasional), PAS bukan main lagi puji kepimpinan UMNO tapi bila MN tak jadi, PAS keluarkan dalil UMNO parti keruh,” katanya.

Beliau menyatakan demikian menerusi satu hantaran di Facebook, semalam.

Bidas mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri itu, PAS seterusnya bijak memainkan watak ‘pak lebai’ apabila bersama BERSATU.

“Muhyiddin pun bijak juga bila lantik Hadi jadi Duta Khas Timur Tengah bertaraf menteri untuk beli jiwa ulamak. Bila Muhyiddin dan BERSATU bijak cari makan dan berjaya kumpul duit banyak-banyak, PAS makin jinak dengan BERSATU,” sindirnya, tajam.

Jelas Nur Jazlan, Hadi yang mahu ‘memikat hati’ Muhyiddin terus memastikan dirinya kekal bersahabat mantan Perdana Menteri itu, dan hasilnya diterjemahkan menerusi pelbagai fatwa serta dalil melibatkan PN.

“Hadi terus follow rapat dan bodek Muhyiddin, maka keluarlah macam-macam dalil dan fatwa pasal PN. Hadi tahu bila PAS terus bersama BERSATU, PAS akan dapat habuan besar dari Muhyiddin.

“Buktinya pada PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) lalu, pertama kali PAS dilihat berbelanja besar dan mewah untuk kempen-kempen mereka. Sampai ada dakwaan PAS beli undi untuk menang dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) serta SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) siasat tuduhan itu,” tegasnya.

Menjadikan kenyataan Hadi mengenai sedekah politik sebagai rujukan, beliau berkata, itu adalah fatwa baharu yang dikeluarkan semata-mata untuk melindungi amalan rasuah dilakukan gabungan berkenaan sewaktu kempen PRU-15.

“Kalau PAS dan sekutunya beri duit kepada pengundi itu sedekah tapi bila orang lain buat benda sama itu dikira rasuah. Timbalan Presiden PAS, (Datuk Seri) Tuan Ibrahim (Tuan Man) juga dengan pantas back up BERSATU.

“Katanya siasatan kepada BERSATU oleh SPRM sengaja dibuat untuk gambarkan kepada rakyat nak bina satu persepsi PN ada masalah integriti, sasarannya bukan soal penyelewengan, tapi nak ancam PN terutamanya menghadapi Pilihan Raya PRN nanti.

“Eh! Bila kena batang hidung sendiri pandai pula pertikaikan SPRM dan tuduh orang nak rosakkan imej dan integriti, tapi masa dia buat tuduhan dan bagi gelaran pada orang lain sampai rakyat percaya, boleh pula,” selarnya.

Nur Jazlan menarik perhatian, semua ‘ajaran sesat’ berkenaan berkemungkinan besar adalah faktor yang membuatkan Muhyiddin kian terpesong dan terjatuh ke dalam lubang digali bersama.

“Nampaknya Muhyiddin dan Bersatu akan jatuh bersama PAS ketika SPRM dan SPR sedang siasat tiga petisyen pilihan raya yang difailkan UMNO Terengganu atas dakwaan berlakunya rasuah pengundi di Parlimen Kemaman, Kuala Terengganu dan juga Marang yang dimenangi Hadi pada PRU-15 lalu,” katanya. - Getaran, 12 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PN Tolak Permohonan PEJUANG, ‘Keputusan Itu Amat Mendukacitakan…’

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Guan Eng Tidak Pernah Batalkan Pengecualian Cukai Yayasan Albukhary – Anwar

3

Politik 1 minggu yang lalu

Kejatuhan Kerajaan PN Harus Diteladani Kerajaan Hari Ini - Anwar

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Guan Eng Hantar Notis Tuntutan, Muhyiddin Ada 7 Hari Untuk Mohon Maaf

Sorotan

1

Tetapkan Garis Masa, Sasaran Selesai Isu Doktor Kontrak Dalam 3 Tahun

2

Pharmaniaga Jamin Bekalan Ubat Tidak Terjejas - Menteri

3

Saya Hormat Kebebasan Media, Tapi Akan Tegur Jika Laporan Menimbulkan Fitnah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran: Anak Pesan Baju Raya Warna Hitam - Ibu

Semasa 3 jam yang lalu

187 Orang Dipindahkan Akibat Banjir Di Nabawan

Semasa 15 jam yang lalu

Rapid Rail Giat Usaha Atasi Gangguan Perkhidmatan Rel

Semasa 15 jam yang lalu

Umum Exco Baharu Dalam Tempoh 48 Jam - Ab Rauf