web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Undi18 : Buka Semula Parlimen Dan DUN Secepat Mungkin

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2021 8:31PM

Hassan Abdul Karim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) digesa untuk dibuka semula sebagai langkah mempercepatkan proses pelaksanaan Undi18 bagi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 

Perkara itu disuarakan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, yang berpendapat langkah terbabit adalah jalan terbaik sekiranya kerajaan benar-benar komited untuk melaksanakan Undi18 itu. 

"Tiada jalan lain yang lebih demokratik dari itu (buka semula Parlimen dan DUN). Sekiranya Undi18 sudah dijamin kerajaan untuk dilaksanakan, maka undang-undang tertentu perlu dipinda termasuk Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, oleh itu, bagaimana ia hendak dipinda jika sidang Parlimen digantung?. 

"Cadang saya kepada kerajaan, eloklah menasihatkan Yang di-Pertuan Agong  untuk menggunakan kuasa Baginda di bawah Seksyen 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 untuk memanggil sidang Parlimen bagi melakukan pindaan ke atas Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 itu," katanya kepada media.

Beliau berkata, undang-undang lain yang perlu dipinda adalah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Conduct of Elections) 1981, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan semua Perlembagaan Negeri untuk merendahkan umur kelayakan menjadi calon DUN. 

"Kerajaan atau Kabinet boleh juga menasihati Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa Baginda di bawah Seksyen 15(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dengan melakukan perundingan terlebih dahulu bersama raja-raja di negeri untuk memanggil semula sidang DUN  bagi tujuan pindaan ke atas perlembagaan negeri," jelas beliau lagi.

Hassan pada masa sama turut menyatakan penghargaan terhadap jaminan kerajaan melaksanakan Undi18 itu kerana Akta (Pindaan) Perlembagaan tahun 2019 (Akta A1603) telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia sebulat suara.

Akta Pindaan Perlembagaan itu juga telah ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong pada 4 September 2019 dan telah diwartakan pada 10 September 2019.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan yang bertanggungjawab dalam hal Undi 18 dipetik sebagai berkata, keputusan kerajaan memberi jaminan pelaksanaan itu telah dibincang dan disahkan dalam Mesyuarat Kabinet pada kelmarin.

Susulan keputusan itu, Takiyuddin berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan peruntukan undang-undang tertentu dan juga perkara teknikal termasuk mengemas kini sistem perisian yang diperlukan. - Getaran, 30 April 2021
 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Luar Negara 48 minit yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad