web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKR Bentang Laporan Kewangan Setiap Kongres Tahunan, Takkan ARMADA Tak Faham?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 7:00AM

Fahmi berkata PKR secara konsisten membentangkan laporan kewangan yang diaudit pada setiap kongres tahunannya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PKR membidas cabaran Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA)  agar parti itu mendedahkan butiran perbelanjaan dan sumber kewangan kempen pilihan raya umumnya.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu secara konsisten membentangkan laporan kewangan yang diaudit pada setiap kongres tahunannya.

Menurut beliau, kali terakhir laporan berkenaan dibentangkan adalah pada Julai tahun lalu.

“PKR bentang laporan kewangan yang diaudit pada setiap Kongres Tahunan (Mesyuarat Agung Tahunan). Kali terakhir (dibentang) Julai 2022.

“Takkan ARMADA tak faham benda asas ini?” soalnya ketika dihubungi Getaran.

Fahmi mengulas kenyataan Ketua ARMADA, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pada Sabtu lalu yang mencabar PKR dan DAP mendedahkan butiran perbelanjaan dan sumber kewangan kempen kedua-dua parti tersebut.

Beliau berkata, ia perlu dilakukan sekiranya kedua-dua parti komponen gabungan PH itu, benar-benar berpegang kepada imej bersih dan berintegriti.

Wan Ahmad Fayhsal mendakwa, kerajaan hari ini dilihat terdesak untuk membunuh karakter ‘Prihatin, Bersih & Stabil’ yang sudah sinonim dengan Perikatan Nasional (PN), dengan menggunakan jentera kerajaan yang terkuat untuk menekan dan menindas parti lawan.

Katanya, ia bermula dengan tuduhan bahawa kononnya PN menerima dana dari tauke judi kepada penyelewengan RM600 billion, walau ternyata tidak dapat dibuktikan sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, parti itu tidak mempunyai masalah untuk membuat pendedahan seperti diminta ARMADA.

Malah, tambahnya, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng sendiri sudah berkali-kali menyatakan kesediaan untuk berbuat demikian.

“Bukan sekadar dedah, kita sedia disiasat, ini pun Guan Eng sudah sebut. Ini kes siapa makan cili dia rasa pedas.

“Sekarang kita serah kepada pihak berkuasa, terpulang kepada mereka,” katanya. - Getaran, 7 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Semasa 57 minit yang lalu

Op Mega: Jabatan Imigresen Tahan 503 Warga Asing Di Seluruh Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 41 minit yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

oleh Sophia Ahmad