web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


ADUN Telok Mas Umum Tanding MKT UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 7:00PM

Keputusan berkenaan dibuat sebagai usaha untuk membantu memperkasakan lagi parti selain memastikan UMNO terus relevan terutama kepada generasi muda. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman mengumumkan akan bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi  (MKT) UMNO pada pemilihan parti kali ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas itu berkata, keputusan berkenaan dibuat sebagai usaha untuk membantu memperkasakan lagi parti selain memastikan UMNO terus relevan terutama kepada generasi muda.

“Dengan penuh keinsafan dan berbekalkan pengalaman dalam politik bermula sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Exco Pemuda UMNO, Bendahari Pemuda UMNO dan kini Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan MKT UMNO pada pemilihan parti penggal ini.

“Atas semangat untuk terus menyumbang kepada parti, saya percaya dengan pengalaman yang ada akan dapat membantu menyerlahkan lagi UMNO kepada masyarakat di negara ini, sekali gus mahu memperkukuh parti keramat ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Razak, 50 yang juga Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Melaka turut mengesahkan akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka pada pemilihan parti bermula bulan ini.

UMNO akan mengadakan pemilihan parti bermula pada 1 Februari hingga 18 Mac depan di semua peringkat bagi mematuhi pindaan Perlembagaan yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Pemilihan UMNO pada kali ini menjadi tumpuan berikutan tindakan parti tersebut memecat serta menggantung beberapa nama besar termasuk mantan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan mantan Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein baru-baru ini.

Keputusan untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti pada pemilihan kali ini juga dipertikaikan segelintir pihak dengan ada yang berpandangan demokrasi tidak boleh disekat dalam UMNO. - Getaran, 6 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad