web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penggantungan Keahlian Tidak Jejas Perjalanan UMNO Johor - Mohamed Khaled

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 7:15PM

Mohamed Khaled Nordin (dua, kanan) mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor di Bangunan Perhubungan Negeri Johor hari ini - Gambar Facebook Hasni Mohammad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Penggantungan keahlian beberapa pemimpin UMNO Johor tidak akan menjejaskan perjalanan pentadbiran parti itu di negeri berkenaan, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata terdapat beberapa pimpinan UMNO negeri itu sebelum ini juga pernah berdepan tindakan sama, termasuk Tan Sri Shahrir Ab Samad dan Muszaidi Makmor yang kini Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, namun UMNO Johor masih terus bergerak ke hadapan.

Mohamed Khaled bagaimanapun berkata semua pemimpin UMNO negeri itu yang dikenakan tindakan berkenaan, tidak boleh berputus asa kerana mereka masih  berpeluang membuat rayuan bagi membolehkan tempoh penggantungan dipendekkan.

Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohamed Khaled juga berkata Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram Datuk Maulizan Bujang, wajar diberi peluang untuk merayu berhubung hukuman penggantungan ke atas mereka.

Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor itu berkata meskipun UMNO Johor akur dengan keputusan Majlis Tertinggi (MKT) parti, namun kedua-dua pemimpin tersebut wajar diberi peluang berikutan sumbangan mereka kepada UMNO Johor.

“UMNO Johor juga turut berbincang dan zahirkan rasa sedih atas apa yang berlaku kepada kedua-dua pemimpin, yang tidak dapat dinafikan banyak berjasa kepada UMNO Johor khususnya, maka kita bersetuju supaya mereka ini wajar diberi ruang merayu atas tindakan yang dikenakan oleh parti ke atas mereka,” katanya.

Pada 27 Januari, MT UMNO telah menggantung keahlian Hishammuddin yang juga bekas Naib Presiden UMNO itu, selain memecat lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Selain itu, Mohamed Khaled turut mengumumkan bahawa veteran UMNO Tan Sri Shahrir Ab Samad, tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Ketua Bahagian Johor Bahru dan mengucapkan terima kasih serta menyatakan penghargaan terhadap jasa bekas Ahli Parlimen Johor itu kepada UMNO negeri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 3 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad