Berita Terkini

3 jam yang lalu: 55 sekolah luar bandar di Kedah dilengkapi kemudahan gentian optik 'Point of Presence' (PoP) 3 jam yang lalu: Lapangan Terbang Antarabangsa Senai terima penerbangan pertama dari China 3 jam yang lalu: Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang berkaitan kesalahan menghendap 3 jam yang lalu: TPM Ahmad Zahid sahkan Sulaiman Md Ali meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka 3 jam yang lalu: Ahmad Zahid akan menghadap TYT Negeri Melaka untuk persembah nama calon Ketua Menteri baharu

IKUTI KAMI


UMNO Tidak Langgar Peraturan Mesyuarat - Ahmad

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 9:00AM

Ahmad Maslan - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO sekali lagi menegaskan tiada pelanggaran Perlembagaannya atau Peraturan Mesyuarat semasa Perhimpunan Agung 2022, bulan lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, prosedur mesyuarat berjalan dengan lancar dengan hampir 90 peratus perwakilan bersetuju dengan usul tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Menurut beliau, usul tersebut bukan sesuatu yang baru kerana sudah beberapa kali dilakukan semasa UMNO diterajui Presiden lain sebelum ini.

“Semua berjalan dengan teratur. Sekitar 90 peratus perwakilan setuju dengan usul tiada pertandingan Presiden dan Timbalan (Presiden).

“Sudah banyak kali dalam sejarah 77 tahun umur UMNO, jawatan itu tidak dipertandingkan,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Pada Selasa lalu, UMNO memberi penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 untuk dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Ahmad bersama tiga individu lain menemui Ketua Pengarah RoS, Mohd Nawardi Saad dan Timbalannya, di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya pada jam 11.30 pagi dengan membawa dokumen yang disediakan peguam.

Katanya, pertemuan itu dibuat susulan tindakan dua ahli UMNO pada 20 Januari lalu menghantar aduan kepada RoS agar semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa PAU 2022 berkaitan dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Media, sebelum ini melaporkan aduan berhubung dua jawatan yang tidak dipertandingkan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom.

Mereka berharap RoS dapat menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan yang dibawa pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Majoriti perwakilan yang hadir pada perhimpunan itu menyatakan sokongan terhadap usul tambahan dicadangkan wakil UMNO Negeri Sembilan, Mohd Shukri Shamsudin agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang. - Getaran, 3 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 jam yang lalu

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka

2

Semasa 1 hari yang lalu

Rais Kekal Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu - Ahmad Zahid

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kerajaan Sasar Muktamad Pelan Subsidi Diesel Menjelang Ogos – Ahmad Maslan

4

Politik 3 hari yang lalu

Lantik Individu Tewas Pegang Jawatan, UMNO Parti Kering Idea?

Sorotan

1

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka

2

Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

3

Tubuh Task Force Selaras Agihan Bantuan Dengan YKN Di Setiap Negeri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

Semasa 1 hari yang lalu

Radzi Kongsi Petua Kepada Menteri Pendidikan, Timbalan, ‘Saya Tengok Terkejut Juga…’

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

Sukan 1 hari yang lalu

Zii Jia Kembali Ke BAM?