web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Ketuai 'Kabinet Bayangan' PN, Hadi Sebagai Timbalan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 4:04PM

Hamzah (kiri) dan Muhyiddin memegang poster barisan Kabinet bayangan PN.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan sebagai Ketua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dalam barisan Kabinet bayangan gabungan tersebut yang diumumkan hari ini.

Pengumuman tersebut dilakukan walaupun Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin kekal sebagai Ketua Pembangkang.

Barisan yang diketengahkan itu, secara rasmi dikenali sebagai jawatankuasa portfolio Ahli Parlimen PN yang menyaksikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Timbalan kepada Muhyiddin.

Muhyiddin pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Muhyiddin pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Radzi Md Jidin juga diberi peranan penting selepas dilantik sebagai menteri bayangan bagi portfolio kewangan dan ekonomi.

Kementerian kewangan dan ekonomi kini masing-masing diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Nama terkemuka lain dalam jawatankuasa berkenaan termasuk Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang akan menyelia portfolio dalam negeri; Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (sumber asli, alam sekitar dan perubahan iklim), Datuk Seri Saifuddin Abdullah (pendidikan), Datuk Seri Shahidan Kassim (luar bandar dan pembangunan wilayah), Datuk Wan Saiful Wan Jan (komunikasi dan digital) dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (luar negara).

Antara portfolio utama lain iaitu pertahanan, kesihatan dan sumber manusia, masing-masing diterajui oleh Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Datuk Awang Hashim.

Pada sidang media yang diadakan, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata, pembentukan jawatankuasa portfolio terbabit dipersetujui dalam mesyuarat membabitkan ahli Majlis Tertinggi gabungan tersebut.

Presiden BERSATU itu menjelaskan, pelantikan itu dibuat berdasarkan kekuatan, latar belakang dan pengalaman lepas Ahli Parlimen terbabit dalam kerajaan.

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

“Mereka ini bukan sekadar Ahli Parlimen biasa, tetapi mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam portfolio masing-masing. (Pelantikan) adalah untuk memastikan kita boleh dilihat sebagai pembangkang yang berkesan,” katanya selepas sesi permukiman Ahli Parlimen PN di sini, hari ini.

Jelas Muhyiddin lagi, Ahli Parlimen yang dilantik akan bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan dan menjawab isu berkaitan portfolio mereka.

“Kami bersetuju bahawa kami akan mengeluarkan kenyataan dasar dan menyatakan pendirian dalam semua perkara, termasuk ekonomi, pendidikan, alam sekitar, hal ehwal luar negeri dan pertahanan.

“Ini akan dihebahkan kepada rakyat supaya mereka tahu bagaimana kami menampilkan diri kami. Kami bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar jika rakyat memberi mandat kepada kami untuk mentadbir negara,” katanya.

Senarai penuh Kabinet bayangan adalah seperti berikut:

Tan Sri Muhyiddin Yassin (Ketua Ahli Parlimen)

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Timbalan ketua MP)

Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Ketua Pembangkang)

Datuk Mohd Radzi Jidin (kewangan dan ekonomi)

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (dalam negeri)

Datuk Idris Ahmad (hal ehwal agama)

Datuk Seri Ronald Kiandee (pertanian dan keselamatan makanan)

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (sumber asli, alam sekitar dan perubahan iklim)

Datuk Seri Saifuddin Abdullah (pendidikan dan pengajian tinggi)

Datuk Seri Shahidan Kassim (kemajuan luar bandar dan wilayah)

Ahmad Fadhli Shaari (belia dan sukan)

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (luar negara)

Datuk Mas Ermieyati Samsudin (reformasi undang-undang dan institusi)

Datuk Rosol Wahid (perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup)

Datuk Ali Biju (Sabah, Sarawak dan tugas-tugas khas)

Datuk Muslimin Yahaya (pembangunan usahawan dan koperasi)

Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat)

Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (pembangunan kerajaan tempatan)

Datuk Mohd Shuhami Abdullah (pelancongan, seni dan budaya)

Datuk Awang Hashim (sumber manusia)

Datuk Ahmad Amzad Mohamed (sains, teknologi dan inovasi)

Datuk Wan Saiful Wan Jan (komunikasi dan digital)

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (kerja raya)

Dr Halimah Ali (perpaduan negara)

Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail (perdagangan antarabangsa dan industri)

Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (kesihatan)

Datuk Azman Nasrudin (perladangan dan komoditi)

Khairil Nizam Khirudin (pengangkutan) - The Vibes, 2 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad