web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khairy Pertimbang Kerjasama Dengan Rafizi, Nurul Izzah Tapi…

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 12:32PM

Khairy memerlukan masa sehingga tiga bulan sebelum membuat keputusan yang sewajarnya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan dua rakan baiknya, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah dalam PKR selepas dipecat daripada UMNO, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Khairy yang juga mantan Ahli Parlimen Rembau berkata, faktor persahabatan tersebut bukan satu-satunya pilihan dalam menentukan langkah seterusnya dalam karier politik beliau.

Menurutnya, beliau turut memiliki sahabat baik dalam beberapa parti lain.

“Ya, saya tidak menolak pilihan ini. Namun, itu bukan satu-satunya pilihan yang ada, ada pilihan lain juga. Yang penting, apabila kita berjuang dalam politik, ia lebih daripada talian persahabatan.

“Talian persahabatan itu mungkin akan menjadi perkiraan saya tetapi perkiraan lebih besar ialah soal hala tuju parti berkenaan, dan sama ada saya percaya hala tuju itu sama dengan hala tuju saya sebagai orang politik,” katanya seperti dilaporkan BH.

Mantan Menteri Kesihatan itu turut mendedahkan sudah dihubungi Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) yang menawarkannya untuk menyertai parti berkenaan selepas dipecat daripada UMNO.

Khairy berkata, beliau memerlukan masa sehingga tiga bulan sebelum membuat keputusan yang sewajarnya.

“Buat masa ini, pelbagai pihak telah menghubungi saya, daripada kedua-dua belah pihak. Saya mengambil sikap berjumpa dan mendengar semua pihak.

“Setelah saya mendengar semua pandangan, barulah membuat keputusan sama ada saya masuk parti sedia ada atau membuat parti baharu atau saya berehat untuk seketika. Saya tidak mahu terburu-buru membuat keputusan,” katanya.

Katanya, selain pertimbangan untuk memasuki parti sedia ada, menubuhkan parti baharu atau berehat seketika daripada politik, beliau turut meneliti kemungkinan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Mengenai PRN, saya rasa ia pun akan mengambil masa antara dua hingga empat bulan lagi. Kalau itu garis masanya, tidak perlu saya membuat keputusan hari ini atau minggu depan,” katanya.

Pada Jumaat lalu, MKT UMNO memutuskan memecat Khairy dan mantan Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, serta menggantung keahlian beberapa pemimpin dan ahli parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, Khairy dan Noh, dipecat parti kerana pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

UMNO juga menggantung keahlian Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, selama enam tahun.

Turut digantung keahlian enam tahun adalah Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif. - Getaran, 31 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Pendidikan 4 bulan yang lalu

RPM 2026-2035 Perlu Pelaksanaan Menyeluruh, Libat Urus Semua Pihak - Nurul Izzah

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad