web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terserah Kepada RoS Untuk Tentukan Keabsahan Keputusan PAU 2022 - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 8:46PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menentukan keabsahan usul tambahan yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 berkaitan jawatan tertinggi parti itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN DATUK - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menentukan keabsahan usul tambahan yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 berkaitan jawatan tertinggi parti itu.

Beliau berkata laporan mengandungi usul tambahan berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding pada pemilihan parti akan datang perlu diabsahkan agar dapat menghentikan segala spekulasi dalam kalangan segelintir ahli yang tidak berpuas hati.

"Kita ikuti semua proses mengikut Perlembagaan UMNO dan peraturan mesyuarat telah diikuti oleh pengerusi persidangan. Semua langkah itu adalah mengikut peraturan.

“Jika ada sebarang aduan yang dibuat pada RoS, UMNO sangat terbuka untuk mereka kemukakannya,” katanya kepada pemberita di tapak projek pembinaan laluan Jambatan Bagan Datuk-Sejagop di sini hari ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata sepertimana termaktub dalam Akta Pertubuhan 1966, sudah menjadi ketetapan kepada mana-mana pertubuhan berdaftar untuk mengemukakan laporan persidangan kepada RoS.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri itu berkata laporan berkenaan bukanlah bagi tujuan kelulusan sebaliknya untuk pemakluman.

Pada Jumaat lepas, dua ahli UMNO menghantar aduan kepada RoS agar semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa PAU 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding pada pemilihan parti akan datang.

Ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom meminta RoS menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan yang dibawa pada PAU 2022.

Muhammad Aizat Fikri mendakwa atur cara mengemukakan usul tambahan itu adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan UMNO serta peraturan persidangan bahagian dan cawangan.

Pada 14 Januari lepas, majoriti perwakilan yang hadir pada perhimpunan itu menyatakan sokongan terhadap usul tambahan dicadangkan wakil UMNO Negeri Sembilan Mohd Shukri Shamsudin agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding dalam pemilihan parti akan datang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Pendidikan 17 minit yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad