web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dr Akmal Beri Bayangan Tanding Ketua Pemuda UMNO, ‘Ready To Fight’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 5:32PM

Dr Muhamad Akmal Saleh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh memberi bayangan bahawa beliau akan bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan parti akan datang.

Katanya, ia susulan terdapat permintaan dan sokongan tinggi dalam kalangan ahli Pemuda UMNO, namun setakat ini beliau masih belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung perkara itu.

Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau memaklumkan, beliau akan menetapkan keputusan untuk bertanding dalam masa terdekat.

“Setakat ini saya masih belum putuskan (bertanding Ketua Pemuda UMNO) yang dikosongkan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada pemilihan kali ini.

“Ada juga rakan-rakan datang jumpa saya minta bertanding, tapi beri saya ruang dan peluang dalam tempoh seminggu dua ini untuk buat keputusan dan InsyaAllah, kita bersedia dengan apa sekali pun, ‘ready to fight’,” katanya hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah mengesahkan akan bertanding jawatan berkenaan.

Ketua UMNO Bahagian Subang itu tampil meluahkan hasrat dan bersedia memegang jawatan tersebut jika ada yang  merasakan beliau layak.

Manakala Khamis lalu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2022 (PAU 2022) mengumumkan, beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu yang dijangka pada Mac tahun ini.

Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 19 November lalu, sejurus Barisan Nasional (BN) kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).  

Asyraf menegaskan, tindakan tidak mempertahankan jawatan itu, bagi memberi peluang kepada muka baharu untuk menerajui Pemuda UMNO, sekali gus melakukan pembaharuan kepada parti terbabit dan membolehkan ia kembali mendapat kepercayaan ramai.

Sehubungan itu, beliau memohon maaf kepada barisan kepimpinan Pemuda UMNO atas kekhilafan dan kegagalan untuk memastikan sayap parti berkenaan kembali bangkit.

Tegasnya, pengunduran itu dibuat bagi membolehkan sayap terbabit merencana langkah dan idea baharu untuk bangkit semula.

Pada pemilihan UMNO 2018, Asyraf yang juga mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, memenangi jawatan berkenaan selepas mengalahkan tiga lagi pencabar, iaitu Datuk Khairul Azwan Harun, Datuk Shahar Abdullah dan Datuk Seri Jamal Yunus. - Getaran, 16 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad